3 beranak maut nahas dua kenderaan
Nurul Fatihah Sulaini
am@hmetro.com.my
Setiu: Tiga beranak maut manakala seorang lagi parah selepas kenderaan dinaiki bertembung dengan sebuah pacuan empat roda di Kilometer 53, Kampung Sungai Lerek, Jalan Persekutuan Kuala Terengganu - Kota Bharu di sini pagi tadi.
Dalam kejadian jam 4.50 pagi, pemandu Perodua Axia, Nur Ardiena Kamarudin, 30, beralamat Jalan Telipot, Kota Bharu serta kedua ibu bapanya yang juga penumpang hadapan, Kamarudin Ibrahim, 55, serta penumpang belakang kanan, Maimumah Mat Isa, 54, disahkan maut.
Seorang lagi penumpang belakang Perodua Axia, Nur Azwa Shamimi Kamarudin, 21, parah pada bahagian paha sebelah kanan.
Ketua Polis Daerah Setiu, Superintendan Mohd Zain Mat Dris berkata, mangsa sekeluarga yang menaiki Perodua Axia dipercayai dalam perjalanandari Kuala Terengganu menghala Kota Bharu, Kelantan manakala pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dalam perjalanan dari Tunjong, Kota Bharu, Kelantan menghala ke Pasar Borong Gong Pauh, Kuala Terengganu.
Disyorkan
Beliau berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu pacuan empat roda dipercayai hilang kawalan lalu
masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta dipandu mangsa secara berhadapan.
"Pemandu dan penumpang belakang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala penumpang hadapan disahkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Zon Kecemasan Hospital Setiu.
"Mayat kesemua mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Setiuuntuk dibedah siasat," katanya.
Mohd Zain berkata, pemandu pacuan empat roda berusia 24 tahun cedera ringan pada kedua-dua belah kaki dan bahu kiri sementara penumpang hadapan berusia 18 tahun cedera ringan pada kedua-dua lutut dan bahu kiri.
Katanya, dua mangsa yang cedera dihantar ke Unit Kecemasan Hospital Setiu manakala penumpang belakang Axia dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.
"Bedah siasatan akan dijalankan kira-kira jam 2 petang dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Artikel ➡️ Harian Metro
#infosemasa
@infosemasaofficial
Suami Syura Badron melecur teruk akibat letupan gas memasak
Najiy Jefri
najiy.jefri@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Suami kepada penyanyi Syura Badron iaitu Muhammad Farizat menerima rawatan di hospital kerana melecur teruk di bahagian muka, kaki dan tangan akibat letupan tong gas di tempat penginapan mereka di Perlis, Jumaat lalu.
Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron, 38, berkata, dia memohon doa orang ramai untuk kesejahteraan suaminya agar terus kuat melalui ujian ini.
"Dengan berat hati saya ingin memaklumkan suami saya, Farizat dimasukkan ke hospital kerana melecur teruk di bahagian muka, kaki dan tangan akibat letupan gas memasak yang berlaku di tempat penginapan kami di Perlis pada malam Jumaat lalu.
"Mohon doa dari semua semoga diberikan kesembuhan buat suami dan diberikan kekuatan menghadapi ujian Allah ini. Semoga ada hikmah yang baik di sebalik ujian ini, Allah maha baik," katanya.
Syura memaklumkan perkara itu menerusi hantaran di Instagram hari ini.
Dalam perkongsian itu, Syura turut memuat naik video keadaan rumah terbabit selepas letupan tong gas yang kelihatan teruk apabila dinding dan tingkap rumah itu pecah.
Dalam masa sama, Syura menyifatkan suaminya sebagai seorang lelaki yang hebat pernah ditemuinya.
"Awak lelaki yang sangat hebat pernah saya jumpa. Dalam menahan sakit awak masih lagi mampu tersenyum untuk saya dan anak-anak.
"Terima kasih sebab bertahan dan semoga Allah angkat sakit yang awak rasa dan diberikan kesembuhan secepatnya, semoga ia jadi asbab pahala yang besar untuk awak," katanya.
Syura pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd Fadhly Md Yassin pada 16 April 2006 namun mereka berpisah pada Ogos 2015.
Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Nurul Dania Irdani, 17, Nurul Qaisara Sofia, 15, dan Muhammad Irfan Aryan, 13 tahun.
Kemudian Syura bertemu jodoh dengan Farizat pada 22 Januari 2022 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Umar Eussof yang kini berusia setahun.
#harian metro
#infosemasa
🥹haa kan da mendapat tu ditangkap rakaman dashcam https://s.shopee.com.my/6fQLhZdnQO
#infosemasa
INFO KEMALANGAN (E2 - LEBUHRAYA PLUS)
2.50pm🔸: ⚠Terdapat kemalangan di KM 41.9 arah Selatan dari Simpang Renggam ke Sedenak. Lorong kiri terhalang. Trafik perlahan.
Awasi sebarang halangan di hadapan. Berhati-hati memandu.
Sumber LLM
#infosemasa
3 sekawan terperangkap dalam banjir gara-gara guna Waze
25 November 2024, 1:53pm
PASIR MAS: Gara-gara menggunakan aplikasi Waze untuk ke tempat kerja, lori yang dinaiki tiga sekawan terperangkap di dalam banjir di Pengkalan Telok, berdekatan Rumah Pam Kampung Jejawi di sini, semalam.
Bagaimanapun, mangsa Rosmaini Ahmad, 43, Mohd Badawi Ramli, 41 dan Lim Chee Wei, 28, bernasib baik selepas diselamatkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, sekitar jam 8.30 malam tadi.
Rosmaini berkata, mereka bertiga bergerak dari Alor Setar, Kedah untuk melakukan kerja pendawaian di sebuah kilang padi terletak di Kampung Tasek Berangan,di sini.
“Sebenarnya, ini adalah kali kedua kami ke kilang berkenaan tetapi sebelum ini Waze menunjukkan jalan lain untuk sampai destinasi terbabit. Memandangkan kami kurang arif tentang jalan di sini, kami menggunakan Waze sekali lagi namun tidak menyangka ia menunjukkan jalan yang sudah dinaiki air.
“Kami melalui jalan berkenaan sekitar jam 5.30 petang dengan meredah air sejauh 500 meter. Kami sangkakan paras air tidak begitu tinggi namun terkejut apabila tiba-tiba lori sudah tidak boleh bergerak kerana paras banjir semakin tinggi.
“Dalam saat getir itu, saya menelefon talian kecemasan 999 sebelum mereka menghubungkan saya dengan pihak bomba serta polis yang kemudian datang memberi bantuan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Rosmaini berkata, mereka terpaksa meninggalkan dulu lori yang dipenuhi alatan kerja di situ kerana kawasan berkenaan sudah terkepung dengan banjir.
“Ini adalah pengalaman pertama kali kami tidak pernah merasai situasi banjir. Bagaimana pun, saya sangat berterima kasih kepada anggota bomba dan polis yang pantas menghulurkan bantuan serta menyelamatkan kami bertiga.
“Buat masa sekarang kami berlindung dahulu di kilang padi sementara menunggu air surut untuk mengalihkan lori terbabit. Kerja juga tergendala buat sementara waktu,” katanya.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Mohd Azmi Hussin berkata, pihaknya menerima panggilan telefon pada jam 6.20 petang dan bergegas ke lokasi kejadian.
“Sebaik sampai, benar terdapat tiga mangsa terperangkap di dalam lori dan berada di kawasan kepungan banjir. Kedudukan semua mangsa dengan daratan lebih kurang 200 meter.
“Kami membantu menyelamatkan kesemua mangsa di tempat selamat sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk bantuan seterusnya,” katanya.
Artikel ➡️ Buletin Tv3
#infosemasa
@infosemasaofficial
Kemalangan lori terbalik di terowong Taman Keladi . Laluan terhalang buat sementara waktu. Sila guna laluan alternatif.
- Adam Loh
#penduduk sg petani
#infosemasa
Seekor kucing terjatuh dari tingkat 6 dan terhempap atas sebuah kereta hingga cermin kereta pecah teruk. Agak menakjubkan kerana kucing itu kelihatan dalam keadaan ‘baik’.
Owner kereta yang terkejut dengan kejadian itu kemudiannya membawa kucing ke doktor untuk diperiksa, scan dan sebagainya.
Kucing itu disahkan ok, sihat cuma sedikit kukunya patah. Sekarang ini owner kereta komplen kerana dia kena baiki kereta, hantar kucing ke vet dan bagi kucing itu makan, kucing itu pula kuat makan!
Sumber: Dunia Haiwan Malaysia
#infosemasa
Guru dikhuatiri lemas selepas terjatuh Sungai Pahang ketika memancing
ROSILAWATI ROSEDIROSILAWATI ROSEDI
24 November 2024 10:25pm
MARAN - Seorang guru lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Pahang berhampiran jeti Chenor ketika memancing pada Ahad.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.39 petang.
Menurutnya, 10 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Maran bersama empat jentera dikerahkan ke tempat kejadian.
Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Bukit Angin telah diminta bersedia untuk hadir ke lokasi kejadian.
"Komander operasi turut melaporkan membuat kerja-kerja pencarian di permukaan di lokasi dengan menggunakan bot bomba dan bantuan bot orang awam," katanya.
Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) turut disertai anggota polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan orang awam.
Sementara itu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Maran melaporkan, mangsa dikenali sebagai Murdani Ab Rahman, 53, yang juga seorang guru disedari terjatuh ke dalam sungai oleh orang awam.
Artikel ➡️ Sinar Harian
#infosemasa
@infosemasaofficial
Hati-hati. Jangan duduk mencangkung atas mangkuk tandas jenis macam ni ye.
Kualiti mangkuk tandas sekarang dah tak sama dengan yang dulu-dulu.
#infosemasa
𝐍𝐞𝐯𝐞𝐫 𝐓𝐫𝐚𝐝𝐞 𝐀𝐥𝐨𝐧𝐞
𝐉𝐨𝐦 𝐭𝐫𝐚𝐝𝐞 𝐬𝐚𝐦𝐚-𝐬𝐚𝐦𝐚
Jom trade berjemaah. Live trade 10-12 pagi & 10-12 malam.
Masuk channel untuk trade bersama kami.
/channel/TPHunter_byMFM
/channel/TPHunter_byMFM
/channel/TPHunter_byMFM
#NeverTradeAlone
#ForexMalaysia
#TraderMalaysia
Mekanik maut motosikal langgar tiang lampu
SHAHRIZAL AHMAD ZAINISHAHRIZAL AHMAD ZAINI
25 November 2024 08:14am
KLUANG - Seorang mekanik maut apabila motosikal ditunggangnya terbabas dan melanggar tiang lampu di Kilometer 2.8, Jalan Kluang-Nyior di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kemalangan berkenaan pada jam 10.56 malam.
“Hasil siasatan awal di lokasi, kemalangan berlaku apabila mangsa berusia 18 tahun yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR dalam perjalanan dari Nyior menghala ke arah Kluang.
“Setibanya di lokasi, mangsa dipercayai hilang kawalan dan menyebabkannya melanggar tiang lampu di tepi jalan.
“Mangsa kemudiannya telah dihantar ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) bagi menerima rawatan lanjut,” katanya.
Beliau berkata, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.
Katanya, bedah siasat akan dijalankan bagi mengenal pasti punca kematiannya dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Artikel ➡️ Sinar Harian
#infosemasa
@infosemasaofficial
[ PERINGATAN ]
AMARAN HUJAN BERTERUSAN 🌧️🌧️🌧️
AMARAN HUJAN BERTERUSAN (WASPADA)
I) Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Perlis • Kedah (Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling) • Perak (Hulu Perak) • Kelantan (Gua Musang) • Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Maran dan Bera) • Johor dalam tempoh Selasa, 26 November 2024 sehingga Jumaat, 29 November 2024.
II) Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai) • Terengganu • Pahang (Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin) • Sabah: Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat sehingga Jumaat, 29 November 2024.
🌧️🌧️🌧️Amaran Hujan Berterusan (Waspada) dikeluarkan apabila analisis model-model cuaca berangka menunjukkan hujan berterusan dijangka bermula satu hingga tiga hari akan datang atau hujan/ribut petir yang sedang/dijangka berlaku melebihi 6 jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan.
Dikeluarkan pada: 1:00 tengah hari, 24 November 2024
#amaranhujanberterusan
#metmalaysia
#NRES
#MalaysiaMADANI
𝗖𝗨𝗕𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗘𝗟𝗨𝗗𝗨𝗣 𝗕𝗔𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗔𝗪𝗔𝗟𝗔𝗡, 𝗕𝗢𝗧 𝗣𝗔𝗠 𝗗𝗜𝗧𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗥𝗜𝗧𝗜𝗠 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔
.
𝗟𝗔𝗛𝗔𝗗 𝗗𝗔𝗧𝗨, 𝟮𝟰 𝗡𝗼𝘃 - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Lahad Datu berjaya menahan sebuah bot pam tanpa nombor pendaftaran dalam keadaan mencurigakan lebih kurang 0.4 batu nautika Selatan Tanjung Batu, Felda Sahabat, Lahad Datu pagi tadi.
Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Dzulfikhar bin Ali berkata, berdasarkan maklumat risikan yang diterima, bot ronda Maritim Malaysia telah berjaya mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan lebih kurang pukul 3.45 pagi tadi.
Menyedari kehadiran pihak berkuasa, bot terbabit bertindak melarikan diri dan mengubah haluan ke arah daratan berhampiran dan telah bertindak terjun ke laut.
Hasil pemeriksaan awal mendapati bot tersebut membawa beberapa barang kawalan seperti beras, minyak paket dan tong gas.
Bot dan kesemua barang di bawa ke Jeti Pos Maritim Felda Sahabat untuk siasatan lanjut.
Hasil pemeriksaan lanjut menemukan dua tong gas berwarna hijau, 17 bungkus minyak masak dengan anggaran berat 17 kg, sembilan kampit beras dengan berat 90kg dan lima kampit beras dengan berat 25kg. Turut ditemui satu tiub hablur kristal disyaki dadah jenis syabu.
Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta kawalan beras dan padi 1994 dan Akta Dadah Merbahaya 1952.
Turut dirampas sebuah pam bot tanpa nombor pendaftaran berserta sebuah enjin pam. Kesemua barang rampasan tersebut dianggarkan bernilai hampir RM 8,500.00.
Zon Maritim Lahad Datu akan mempertingkatkan rondaan dan pemeriksaan ke atas bot-bot terutama yang berada di lokasi titik panas di perairan ini bagi memastikan kegiatan berkenaan dapat dibendung.
Orang ramai boleh menyalurkan maklumat berkaitan jenayah dan insiden yang berlaku di laut ke Pusat Operasi Zon Maritim Lahad Datu melalui aplikasi Whatapp 016-9305727 atau talian kecemasan 999 untuk maklum balas segera.
.
#MalaysiaCoastGuard #MaritimeNation #MaritimMalaysia #coastguard #MCG #APMM #MMEA #KementerianDalamNegeri #MalaysiaMadani #HUT19 #KDN_TogetherWeAreOne #MaritimPerkasaMelestarikanMadani #KeselamatanTanggungjawabBersama
Sumber➡️APMM
#infosemasa
@infosemasaofficial
Follow up dia abang & akak memang padu saya dah follow dari tahun 2019 sampai sekarang very recommended👍🏻👇🏻‼️
/channel/AIZZATxSIGNAL
🔥SEPASANG RM50.00🔥
✅Siap Kotak
✅Siap Freegift
✅Copy Gred 5A
✅Boleh Bayar Time Cod
Join Group Telegram Saya👇
/channel/KasutRM60JB
NAK TENGOK FEEDBACK ? 👇
/channel/+shisrKwAQwNkZDNl
SMARTWATCH 2024 ✅🔥
😎Harga Free Postage mana nak dapat seller macam ni kan 😭
✅BOLEH CONNECT BLUETOOTH
♻️Korang yang suka Hiking dan keje Outdoor Memang sesuai jam ni Tahan Lasak 👍🏻
🔰 Anything Order PM @mirxrul
www.wasap.my/60183606671/NakOrder
JOM PAKAT RAMAI JOIN 👇
telegram.me/supergshock
Laporan trafik semasa (25/11/24 | 2.30pm)
#kltu LEBUHRAYA PULAU INDAH: Sesak dari persimpangan Jalan Klang-Banting menghala ke Westport disebabkan kemalangan beberapa buah kenderaan di lorong tengah, kiri dan kanan sebelum Taman Pendamar Indah. Waspada apabila melalui lokasi kejadian.
📹 Renjer Muhamad
Sumber Astro Radio Traffic
#infosemasa
Suami Syura Badron melecur teruk akibat letupan gas memasak
Najiy Jefri
najiy.jefri@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Suami kepada penyanyi Syura Badron iaitu Muhammad Farizat menerima rawatan di hospital kerana melecur teruk di bahagian muka, kaki dan tangan akibat letupan tong gas di tempat penginapan mereka di Perlis, Jumaat lalu.
Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron, 38, berkata, dia memohon doa orang ramai untuk kesejahteraan suaminya agar terus kuat melalui ujian ini.
"Dengan berat hati saya ingin memaklumkan suami saya, Farizat dimasukkan ke hospital kerana melecur teruk di bahagian muka, kaki dan tangan akibat letupan gas memasak yang berlaku di tempat penginapan kami di Perlis pada malam Jumaat lalu.
"Mohon doa dari semua semoga diberikan kesembuhan buat suami dan diberikan kekuatan menghadapi ujian Allah ini. Semoga ada hikmah yang baik di sebalik ujian ini, Allah maha baik," katanya.
Syura memaklumkan perkara itu menerusi hantaran di Instagram hari ini.
Dalam perkongsian itu, Syura turut memuat naik video keadaan rumah terbabit selepas letupan tong gas yang kelihatan teruk apabila dinding dan tingkap rumah itu pecah.
Dalam masa sama, Syura menyifatkan suaminya sebagai seorang lelaki yang hebat pernah ditemuinya.
"Awak lelaki yang sangat hebat pernah saya jumpa. Dalam menahan sakit awak masih lagi mampu tersenyum untuk saya dan anak-anak.
"Terima kasih sebab bertahan dan semoga Allah angkat sakit yang awak rasa dan diberikan kesembuhan secepatnya, semoga ia jadi asbab pahala yang besar untuk awak," katanya.
Syura pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd Fadhly Md Yassin pada 16 April 2006 namun mereka berpisah pada Ogos 2015.
Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Nurul Dania Irdani, 17, Nurul Qaisara Sofia, 15, dan Muhammad Irfan Aryan, 13 tahun.
Kemudian Syura bertemu jodoh dengan Farizat pada 22 Januari 2022 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Umar Eussof yang kini berusia setahun.
Artikel ➡️ Harian Metro
#infosemasa
@infosemasaofficial
Anak keempat daripada lima beradik Nasir Khan, 62, menabur bunga di pusara bapanya, komposer terkenal Allahyarham Tan Sri Dr Ahmad Nawab, 92, yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah di Kuala Lumpur hari ini.
Terdahulu, jenazah dikafan dan disolatkan di Surau At-Tarbiah Al Islamiah, Taman Melewar sebelum dibawa ke tanah perkuburan.
Lebih 200 orang terdiri daripada ahli keluarga, sanak saudara, kenalan dan rakan artis hadir memberi penghormatan terakhir termasuklah penyanyi Ramlah Ram, Datuk Jamal Abdillah, Datuk Dr M. Nasir, Bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir serta Bekas Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.
Allahyarham meninggal dunia akibat sakit tua di kediamannya di Taman Melewar, Gombak petang semalam (24 Nov).
Memulakan karier muzik sejak berusia 16 tahun, Ahmad Nawab dianugerahkan gelaran Seniman Negara Ketujuh oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan pada 2006, iaitu penganugerahan tertinggi negara kepada seniman, terutama dalam bidang muzik.
📸 Hafiz Sohaimi & Azlim Mansor/BERNAMA
#BernamaNews
#BernamaImages
Sumber ➡️ Bernama
#infosemasa
@infosemasaofficial
Lagi Kemalangan di Sungai Pasir.
Semoga mangsa selamat...
Hati-hati semua, bahaya jalan ni...
#MadadAmbulans
#infosemasa
Kejadian semalam, tular di media sosial, insiden kemalangan sekumpulan ‘mat rempit’ yang berlaku sebelum susur keluar Simpang Pulai, Perak, arah selatan. Namun, nasib penunggang motosikal yang terlibat diketahui.
Sumber media sosial
#infosemasa
TAK TIPU, MEMANG RM100.00 JE!
.
INI DIA FULL CHEMICAL SERVICE AIRCOND PALING BERBALOI DI KL & SELANGOR!
.
Bukan saja khidmat servis dan overhaul aircond, kami juga boleh supply dan install semua jenis aircond. Jika aircond anda ada masalah berikut, sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan:
.
😰 Tidak sejuk atau kurang sejuk
😰 Air aircond menitis, bocor
😰 Kotor, berminyak, berkulat
.
wasap.my/60138068166
wasap.my/60138068166
wasap.my/60138068166
.
Lovsika Legacy (3563246-U)
Berpengkalan di Setiawangsa, Kuala Lumpur, kami adalah syarikat bumiputera yang berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang pemasangan, servis dan jual beli aircond untuk rumah kediaman, kedai, pejabat dan sekolah di sekitar KL & Selangor.
.
#LVaircond #servisaircond #serviceaircondmurah #serviceaircondkl #serviceaircondselangor
*Individual plan atau untuk anak2*
“MEDICAL GURANTEE RENEWAL SEHINGGA 90 THN , UNTUK MEREKA YANG MENCARI TIADA DEDUCTIBLE DAN CASHLESS”
Atau
*MEDICAL SEDIA ADA MENINGKAT 100% ke 300%
*PENING NAK BAYAR*
Satu satunya Medical yang Full Coverage yg masih ada di Malaysia, Sehingga 15 NOV Diskaun 20% dari Harga sebelum ini.
Medical Card cashless tiada deductible dengan harga mampu milik.tak payah pening lagi.
*Plan Ini valid sampai 15 NOV 2024 seperti memo terbaru kami yg dikelurkan company, tak pasti
akan ada lagi atau Tidak*
*Gurantee Renewal sehingga 90 Tahun*
🔥🔥 Medical Card Tiada Step Cost dengan Coverage yang sangat TINGGI
BOLEH APPLY SEKARANG!
.
Hong Leong MSIG Takaful tengah promosi sekarang.
Medical Card Mampu Milik serendah *RM150* untuk Pakej 3 in 1. ( anak sekolah)
Individu Dewasa *RM175* umur. 24 tahun
Wahhh!! Berbaloinya.
.
KENAPA MEDICAL CARD NI SANGAT TERBAIK dan BERBALOI
===========================
✅ 142 Panel Hospital Swasta Seluruh Malaysia
Panel utama. Columbia,KPJ, Pantai, Glenegles , Dan semua Hospital terbaik Malaysia.
✅ ZERO Deductibel (*Tak perlu bayaran Tambahan* , *tiada tanggungan bersama*
(Terhad sehingga 15 NOV 2024,Boleh apply dulu bayar masa gaji)
✳️Pilihan Bilik 200,300 dan 500
✅ UNLIMITED Lifetime Limit
✅ Perlindungan sehingga RM1.12 JUTA setahun ke 1.18 Juta Setahun
✅ 'SHOW MEDICAL CARD' - Kemasukan & Keluar Wad Yang Pantas
✅ Pakej dengan Hibah basic atau tinggi sehingga 1 juta untuk orang tersayang
✅ Ada Cash value dan boleh dikelurkan dengan meniggal baki RM1k di dalam akaun Takaful.
✅ Elaun tunai Hospital kerjajaan.
✅ As per cahrge . Tak perlu tunggu 2 tahun dan boleh guna
✅ Customer Service 24 jam (Call Centre)
✅ Aplikasi 'HLMT 360' di telefon bimbit
✅ Ada Plan Individu, Pasangan & Keluarga dalam 1 harga
✅Syarikat Takaful yang mempunyai Hospital sendiri.
Hong Leong Group pemilik kepada Columbia Hospital dan Sime Darby Hospitaly
.
PM@WHATSAPP untuk dapatkan quotation yang berbaloi dan sesuai dengan kemampuan anda!
.
SIAPA CEPAT DIA DAPAT , Paling Murah utk full coverage
Cooling Period .
Accident sesudah polisi lulus
Sakit dari luar, virus demam , sakit perut atau berkaitan selepas 30 hari.
Penyakit Kritkal selepas 120 hari.
Penyakit seperti Buasir dan Gastrik 365 hari .
.
Info & khidmat nasihat PERCUMA:-
*Quotation hanya valid sehingga 30 NOV SAHAJA*
*Harga Bebeza mengikut Umur dan perkerjaan*
*Untuk Family plan Harga berbeza mengikut jumlah dalam keluarga,anak2 bawah 17 tahun layak utk family plan dgn maksima 5 org anak,pemohon dan pasangan*
POLISI HIBAH SEHINGGA 4 JUTA Tiada Medical Limit , Tidak perlu Medical Chek Up .
Tidak cover sakit sedia ada dan penyakit dalam rawatan
Agent Diperlukan .
Perak, Kedah, Penang, N9 dan Pantai Timur
Leader diperlukan Sabah, Sarawak, KL dan Utara. ( indipendent)
FB : Farid Siraj.
Page :
Medical card Family Terbaik Farid Siraj
Farid Siraj EZ Empire
IG: Farid Siraj
Farid 0123755932
www.wasap.my/60123755932/medicalextendnov
𝗟𝗘𝗠𝗔𝗦 𝗗𝗜 𝗣𝗔𝗡𝗧𝗔𝗜 𝗕𝗔𝗧𝗨 𝗠𝗔𝗡𝗗𝗜, 𝗠𝗔𝗬𝗔𝗧 𝗥𝗘𝗠𝗔𝗝𝗔 𝗗𝗜𝗧𝗘𝗠𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗭𝗢𝗡 𝗠𝗔𝗥𝗜𝗧𝗜𝗠 𝗕𝗜𝗡𝗧𝗨𝗟𝗨
.
𝗕𝗜𝗡𝗧𝗨𝗟𝗨, 𝟮𝟰 𝗡𝗼𝘃𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 – Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun, Valentino Austin Anak Richie, yang dilaporkan hilang akibat lemas ketika mandi di Pantai Batu Mandi, Samalaju, akhirnya ditemukan meninggal dunia pagi tadi.
Mangsa ditemukan aset Maritim Malaysia BOT KILAT 43 dalam Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) pada hari kedua jam 9.18 pagi, 24 November (Ahad).
Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Jeti Lembaga Sungai-sungai Sarawak (LSS) Bintulu pada jam 10.46 pagi untuk pengecaman oleh waris sebelum diserahkan kepada pihak polis dan proses bedah siasat.
OP CARILAMAT ditamatkan pada jam 11.15 pagi selepas penemuan mayat mangsa.
Terdahulu insiden ini telah disahkan oleh Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) Kuching selepas menerima aduan daripada seorang saksi yang memaklumkan kejadian mangsa dikhuatiri lemas sebelum hilang dibawa arus pada 23 November (Sabtu), pada sekitar jam 4.45 petang.
Mangsa kali terakhir dilihat memakai seluar pendek bercorak hitam putih tanpa baju pada hari kejadian. Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) segera diaktifkan pada jam 5.15 petang hari yang sama dengan penglibatan agensi sahabat.
Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) telah ditubuhkan di Pantai Batu Mandi, di bawah penyeliaan Leftenan Madya Maritim Ahmad Syahmi bin Ibrahim.
Pencarian mangsa menghadapi cabaran besar disebabkan keadaan cuaca yang tidak menentu dengan angin bertiup dari arah timur laut dengan kelajuan antara 30 hingga 40 km/j, sementara ketinggian ombak mencapai ketinggian antara 1.5 hingga 2.5 meter.
Selain Maritim Malaysia, agensi lain yang terlibat ialah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Polis Marin (PPM), serta Angkatan Pertahanan Awam (APM).
Maritim Malaysia mengingatkan orang awam terutamanya komuniti maritim agar lebih berhati-hati ketika melakukan aktiviti di pantai dan meningkatkan langkah-langkah keselamatan terutamanya ketika negara sedang mengalami Monsun Timur Laut.
Sebarang aduan, maklumat dan insiden kecemasan, orang ramai boleh menyalurkannya ke Pusat Operasi Zon Mraitim Bintulu melalui talian 086-314 254 /Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak (082-432544) / talian kecemasan 999 untuk maklum balas segera.
.
#MalaysiaCoastGuard #MaritimeNation #MaritimMalaysia #coastguard #MCG #APMM #MMEA Kementerian Dalam Negeri (KDN) Saifuddin Nasution Ismail #MDNCoastGuard #MalaysiaMadani #KDN_TogetherWeAreOne #MaritimPerkasaMelestarikanMadani #KeselamatanTanggungjawabBersama
#infosemasa
#Kuantan :
24/11/2024
Seorang guru lelaki berusia 53 tahun dikhuatiri lemas ketika memancing di Sungai Pahang, berhampiran jeti Chenor, Maran petang tadi.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Maran Kapten Mohd Nor Azhar Yusof berkata mangsa, Murdani Ab Rahman ketika itu sedang memancing di atas rakit bersama rakannya, cuba mengambil kerusi di sebuah bot bersebelahan sebelum tergelincir.
#BernamaNews
#lemas
#Pahang
#infosemasa
𝐋𝐈𝐌𝐀 𝐊𝐔𝐁𝐔𝐑 𝐇𝐀𝐍𝐘𝐔𝐓 𝐃𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐊𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐑𝐀𝐒 𝐀𝐊𝐈𝐁𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐊𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐍𝐓𝐀𝐈
#Terengganu Lima jenazah termasuk tiga yang masih berbalut dengan kain kafan di Tanah Perkuburan Kampung Pengkalan Maras, Kuala Nerus, terpaksa dikebumikan semula selepas dihanyutkan ombak hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Kampung Pengkalan Maras Mohd Isshamudin Ismail berkata tanah perkuburan yang terletak berdekatan pantai itu sudah lama diancam masalah hakisan terutama ketika musim tengkujuh.
Bagaimanapun, fenomena air pasang berserta ombak besar malam tadi menyebabkan lima kubur runtuh dan hanyut dibawa ombak besar.
“Kejadian disedari penduduk kampung yang datang kira-kira 9 pagi tadi. Selain jenazah, ada serpihan kain kafan, tulang, batu nisan dan kepuk yang jatuh ke dalam air laut,” kata Mohd Isshamudin.
📸 Mohd Khairul Fikiri Osman / BERNAMA
#BernamaNews
#BernamaImages
#infosemasa
2 maut, 4 cedera dalam nahas babitkan 2 kenderaan
25 November 2024, 8:00am
Oleh: Mohd Ishak Abdillah Ngah
SETIU: Dua maut, manakala empat lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah perodua Axia dan pacuan empat roda.
Nahas berlaku di Jalan Setiu-Kuala Terengganu, jam 4.31 pagi tadi.
Mangsa maut membabitkan dua wanita iaitu pemandu dan penumpang belakang kereta perodua Axia.
Kedua-duanya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Manakala dua lagi penumpang kereta itu iaitu seorang lelaki dan seorang lagi wanita, cedera.
Pemandu pacuan empat roda dan seorang penumpang juga dilaporkan turut cedera.
Bagaimanapun kesemua identiti mangsa belum dikenalpasti.
Penolong Penguasa Bomba, Mohd Sarizan Mohammad Sapawi, bersama seorang lagi pegawai dan 9 anggotanya membantu mengeluarkan pemandu wanita dan penumpang yang tersepit.
Operasi mengeluarkan mangsa berakhir jam 6.22 pagi tadi.
Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis sebelum dibawa ke Hospital Setiu, untuk tindakan lanjut.
Mangsa yang cedera turut dibawa ke hospital sama.
Sumber➡️ Buletin Tv3
#infosemasa
@infosemasaofficial