Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
Dato' Jalaludin Hassan telah mengambil suntikan flu tahunannya untuk mengurangkan risiko komplikasi berkaitan flu dan kemasukan ke hospital. Anda bila lagi?
Untuk info lanjut, layari: https://actoflove.ifl.my/seniors/
Sumber: Immunise4Life
Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 25 Februari 2023 (ME 8/2023), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:
Kumulatif kes baharu: 5,042,188;
Kumulatif kes sembuh: 4,996,441 kes;
Purata kes aktif : 8,898 kes;
Kumulatif kes kematian: 36,957 kes; dan
Kumulatif kluster: 7,171 kluster (kluster aktif: 1 kluster).
Perbandingan kes baharu, kes sembuh, dan kes kematian COVID-19 antara ME 7/2023 dan ME 8/2023:
Bilangan kes baharu menurun sebanyak 8.6 peratus (1,495 kes kepada 1,367 kes);
Bilangan kes sembuh menurun sebanyak 16.1 peratus (1,784 kes kepada 1,497 kes); dan
Bilangan kes kematian menurun sebanyak 50.0 peratus (4 kes kepada 2 kes).
Kenyataan penuh di : https://kpkesihatan.com/2023/02/28/kenyataan-media-kpk-28-februari-2023-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia-minggu-epidemiologi-ke-8-tahun-2023-19-25-februari-2023/
𝑷𝒆𝒏𝒚𝒂𝒌𝒊𝒕 𝑱𝒂𝒓𝒂𝒏𝒈 𝑱𝒖𝒎𝒑𝒂: 𝑨𝒑𝒂 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝑷𝒆𝒓𝒍𝒖 𝑨𝒏𝒅𝒂 𝑻𝒂𝒉𝒖?
Kementerian Kesihatan Malaysia mentakrifkan penyakit ini sebagai yang dihidapi oleh kurang daripada 1 dalam 4,000 individu di dalam sesebuah komuniti yang mempunyai kekerapan berlaku yang rendah, serta boleh mengancam nyawa dan/ atau menyebabkan ketidakupayaan kronik.
Contoh Penyakit Jarang Jumpa termasuk:
1. Penyakit metabolik yang diwarisi seperti penyakit simpanan lisosom,
2. Penyakit neuromuscular seperti distrofi otot Duchenne dan distrofi spinal muscular,
3. Penyakit darah seperti hemofilia,
4. Penyakit tulang seperti penyakit tulang rapuh dan akondroplasia,
5. Penyakit orang dewasa seperti penyakit Huntington dan penyakit neuron motor.
Hari Penyakit Jarang Jumpa Sedunia disambut bagi meraikan pesakit serta orang yang hidup bersama Penyakit Jarang Jumpa dan keluarga mereka.
Bersama kita meningkatkan kesedaran mengenai Penyakit Jarang Jumpa ini.
#RareDiseaseDay
Segera lindungi diri & orang tersayang dengan dapatkan vaksin COVID-19 serta Dos Penggalak pertama & kedua.
Layari laman sesawang & ikuti media sosial MyHEALTHKKM untuk maklumat lanjut Kementerian Kesihatan Malaysia - Portal Myhealth
#SihatSepanjangHayat #ANMS #MyHEALTHKKM #sihatmilikku
Kredit: Santiana Ramli
𝐔𝐜𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐬𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐠𝐮𝐥𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐠𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐛𝐚𝐡𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐔𝐬𝐮𝐥 𝐌𝐞𝐧𝐣𝐮𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐀𝐭𝐚𝐬 𝐓𝐢𝐭𝐚𝐡 𝐃𝐢𝐫𝐚𝐣𝐚 𝐏𝐚𝐫𝐥𝐢𝐦𝐞𝐧 𝐤𝐞-𝟏𝟓
Bagi menangani masalah kesesakan pesakit di Jabatan Kecemasan, KKM turut melaksanakan pelanjutan waktu operasi selepas waktu pejabat di 𝟓𝟏 𝐛𝐮𝐚𝐡 𝐤𝐥𝐢𝐧𝐢𝐤 𝐤𝐞𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧 antara 5:00 petang - 9:30 malam pada hari Isnin hingga Jumaat dan pada hari sabtu dari 8:00 pagi hingga 12:00 tengah hari.
Inisiatif ini dijangka dapat mengurangkan kesesakan di Jabatan Kecemasan Hospital, khasnya bagi kategori bukan kritikal yang masih boleh menerima rawatan di Klinik Kesihatan Kerajaan.
Kenyataan Media KPK 21 Februari 2023 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia Minggu Epidemiologi 6 (12 – 18 Februari 2023)
1. Secara keseluruhan, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan bagi setiap 100,000 penduduk meningkat sebanyak 3.4 peratus pada Minggu Epidemiologi ke-7 tahun 2023 (ME 7/2023) berbanding ME 6/2023.
2. Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam bagi setiap 100,000 populasi berdasarkan kategori pada ME 7/2023 berbanding ME 6/2023 adalah seperti berikut;
• Pesakit kategori 1 dan 2, tiada perubahan, kekal pada 0.4 peratus; manakala
• Pesakit kategori 3, 4, dan 5, menurun sebanyak 20 peratus.
3. Peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 pada ME 7/2023 berbanding ME 6/2023 adalah seperti berikut :
• Katil bukan kritikal, menurun sebanyak 1.0 peratus;
• Katil Unit Rawatan Rapi (ICU), tiada perubahan, kekal pada 2.0 peratus; dan
• Peratusan pesakit COVID-19 memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) tiada perubahan, kekal pada 0.2 peratus.
Untuk kenyataan penuh, baca lanjut di: https://kpkesihatan.com/2023/02/21/kenyataan-media-kpk-21-februari-2023-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia-minggu-epidemiologi-6-12-18-februari-2023/
‼️Sekiranya anda merancang untuk memulakan perjalanan balik kampung atau bercuti semasa cuti persekolahan, pastikan persekitaran rumah anda tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk.
🦟Demi memastikan anda terhindar dari gigitan nyamuk Aedes ketika melakukan aktiviti di luar rumah. Pastikan anda memakai pakaian yang menutup anggota badan pada awal pagi dan lewat petang dan menggunakan repelan bagi mengelak gigitan nyamuk.
“Denggi Tidak Mengenal Mangsa”
Tiada Aedes, Tiada Denggi, Chikungunya dan Zika
🧠Ensefalitis adalah keradangan otak yang disebabkan oleh jangkitan atau melalui sistem imun yang menyerang otak.
🧪Diagnosis dan rawatan awal boleh menyelamatkan nyawa dan mengurangkan komplikasi akibat daripada penyakit.
📌Hari Ensefalitis Sedunia disambut pada 22 Februari setiap tahun.
✅Bersama meningkatkan kesedaran tentang ensefalitis.
Segera lindungi diri & orang tersayang dengan dapatkan dos penggalak vaksin COVID-19.
Dos penggalak merupakan ikhtiar yang terbaik pada ketika ini untuk mengurangkan gejala teruk jika dijangkiti COVID-19.
Jangan tunggu lagi, jangan percaya berita palsu!
Jom dapatkan segera suntikan dos penggalak anda pada hari ini.
#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Untuk makluman penyakit kanser hati (hepatoma) semakin meningkat dan menyebabkan kematian. Tambahan pula kebanyakan kes penyakit kanser hati dikesan pada peringkat yang lewat. Pencegahan Penyakit Hepatitis adalah kaedah & strategi terbaik untuk mengurangkan kes penyakit kanser hati dalam negara.
Kempen saringan & pengesanan dengan ujian diagnostik rapid test kit dan penyediaan rawatan penyakit hepatitis C dengan ubat-ubatan boleh dijalankan di klinik- klinik kesihatan KKM terpilih.
- KPK KKM -
7 langkah KKM dalam menangani permasalahan kesesakan di Jabatan Kecemasan dan Trauma (ETD)
Читать полностью…Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di bawah:
1. Karisma Turmeric Booster Cream
2. Flashhskinzz Treatment Cream
Susulan daripada itu, notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.
PERIHAL BAHAN RACUN BERJADUAL
Merkuri dilarang di dalam produk kosmetik kerana boleh memudaratkan kesihatan. Ia boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan. Merkuri juga boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.
Kenyataan Penuh di https://kpkesihatan.com/2023/02/13/kenyataan-media-kpk-13-februari-2023-makluman-produk-kosmetik-yang-dikesan-mengandungi-racun-berjadual/
Siri 3️⃣- Jangkitan HPV
📌Hasil ujian saringan HPV saya POSITIF, apakah maksudnya?
✅ Kami kongsikan jawapannya kepada anda disini.
KENYATAAN MEDIA
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
8 FEBRUARI 2023
Maklum Balas Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Berhubung Artikel Berkaitan Rawatan Covid-19 Yang Diterbitkan Oleh Media Bloomberg Dan Science
Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 4 Februari 2023 (ME 5/2023), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:
- Kumulatif kes baharu: 5,037,784;
- Kumulatif kes sembuh: 4,991,089 kes;
- Purata kes aktif : 9,476 kes;
- Kumulatif kes kematian: 36,943 kes; dan
- Kumulatif kluster: 7,170 kluster (kluster aktif: 4 kluster).
Perbandingan kes baharu, kes sembuh, dan kes kematian COVID-19 antara ME 4/2023 dan ME 5/2023:
- Bilangan kes baharu meningkat sebanyak 41.7 peratus (1,350 kes kepada 1,913 kes);
- Bilangan kes sembuh menurun sebanyak41.7 peratus (2,177 kes kepada 1,270 kes); dan
-Bilangan kes kematian menurun sebanyak62.5 peratus (8 kes kepada 3 kes).
Kenyataan penuh di https://kpkesihatan.com/2023/02/07/kenyataan-media-kpk-7-februari-2023-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia-minggu-epidemiologi-5-29-januari-4-februari-2023/
Baru-baru ini, pemain badminton Malaysia, Chan Peng Soon, telah mendapatkan vaksinasi flu tahunannya untuk melindungi diri dan keluarganya daripada dijangkiti flu. Mari cegahi jangkitan flu bersama!
Untuk info lanjut, layari: https://actoflove.ifl.my/
Sumber: Immunise4Life
Tahukah anda semua pengendali makanan termasuk pengusaha bazar Ramadan wajib mendapatkan suntikan vaksin tifoid?
Ketahui mengapa pencegahan penyakit tifoid adalah penting.
Mari kita mencegah penularan penyakit tifoid semasa bulan Ramadan yang mulia.
Sumber: Immunise4Life
🦟Denggi adalah antara pembunuh senyap yang mampu mengancam nyawa sekiranya tidak diambil tindakan drastik, khasnya bagi rawatan kepada individu yang bergejala.
🕦Awasi waktu puncak gigitan nyamuk Aedes ketika menjalankan kegiatan di luar bersama keluarga khasnya antara 6:00 pagi hingga 8:00 pagi dan 6:00 petang hingga 8:00 malam.
Putrajaya, 24 Februari 2023 (Jumaat) - Mesyuarat Focal Point_ ANMS Peringkat KKM telah bersidang dengan jayanya di Bilik Gerakan, KKM. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Dr Norhayati binti Rusli, Timbalan Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) dan dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan KKM.
Agenda mesyuarat ini telah membincangkan beberapa perkara antaranya Halatuju Fasa ke-2 ANMS 2023, Inisiatif Dasar / Polisi / Promosi bagi ANMS dan Pelan Tindakan ANMS 2023.
#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
https://facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0xut7e6McTUp8141fjwMm27wi4LNYwtZAuQeCzzjNDsXjSMRZg1JVdkLVXWUvpPN2l&id=100068159346549&mibextid=Nif5oz
Segera lindungi diri & orang tersayang dengan dapatkan vaksin COVID-19 serta Dos Penggalak pertama & kedua.
Layari laman sesawang & ikuti media sosial MyHEALTHKKM untuk maklumat lanjut.
#SihatSepanjangHayat #ANMS #MyHEALTHKKM #sihatmilikku
Kredit : Amsyar Johari
Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Bulan Februari dah 13 kematian??? Menakutkanlah....geng ayuh lah kita banteras Aedes di persekitaran rumah kita...jangan sampai ahli keluarga kita termasuk dalam senarai kematian akibat denggi....nak hapus Aedes ni tak susah pun geng...hanya ambil masa 10 minit seminggu kita cari dan musnahkan tempat-tempat pembiakan Aedes di dalam dan luar rumah kita...ayuh mulakan hujung minggu ni...
#10MINIT
#CariDanMusnah
#hapusaedessangatmudah
#TiadaAedesTiadaDenggi
Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
🩺Apakah itu ensefalitis?
Kami kongsikan jawapannya di sini.
📢Sesiapa sahaja boleh terkena ensefalitis, tanpa mengira umur, atau jantina.
‼️Jadi segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami gejala akut kerana ia boleh menyebabkan komplikasi jangka panjang.
📌Sesetengah kumpulan virus penyebab ensefalitis juga boleh dicegah dengan vaksinasi seperti MMR, Japanese encephalitis dan rabies.
🧠Kawalan vektor seperti nyamuk juga dapat mengelakkan jangkitan.
Segera lindungi diri & orang tersayang dengan dapatkan vaksin COVID-19 serta Dos Penggalak pertama & kedua💪💪
Layari laman sesawang & ikuti media sosial MyHEALTHKKM untuk maklumat lanjut . Kementerian Kesihatan Malaysia - Portal Myhealth (@myhealthkkm)
#SihatSepanjangHayat #ANMS #MyHEALTHKKM #sihatmilikku
Kredit: Katherine Chin
Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Syok nye cuti sekolah...apa plan yer cuti nanti....tapi kan nak ingatkan sebelum meninggalkan sekolah pastikan tiada tempat2 yang boleh Aedes membiak...jangan kasi can lah....kita putuskan zuriat2 Aedes ni....
#10MINIT
#hapusaedessangatmudah
#CariDanMusnah
Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
KENYATAAN MEDIA KKM 14 FEB 2023 -
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
MINGGU EPIDEMIOLOGI KE-6 TAHUN 2023
(5 FEBRUARI 2023 – 11 FEBRUARI 2023)
Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 11 Februari 2023 (ME 6/2023), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:
Kumulatif kes baharu: 5,039,326;
Kumulatif kes sembuh: 4,993,160 kes;
Purata kes aktif : 9,490 kes;
Kumulatif kes kematian: 36,951 kes; dan
Kumulatif kluster: 7,171 kluster (kluster aktif: 5 kluster).
Perbandingan kes baharu, kes sembuh, dan kes kematian COVID-19 antara ME 5/2023 dan ME 6/2023 (Rajah 4):
Bilangan kes baharu menurun sebanyak 19.4 peratus (1,913 kes kepada 1,542 kes);
Bilangan kes sembuh meningkat sebanyak63.1 peratus (1,270 kes kepada 2,071 kes); dan
Bilangan kes kematian meningkat sebanyak 166.7 peratus (3 kes kepada 8 kes).
Kenyataan penuh di https://kpkesihatan.com/2023/02/14/kenyataan-media-kpk-14-februari-2023-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia-minggu-epidemiologi-6-5-11-februari-2023/
Dos penggalak pertama bagi kanak-kanak yang sudah mencapai umur 5 hingga 11 tahun.
Ibu bapa dan penjaga boleh menempah janji temu suntikan dos penggalak pertama anak melalui aplikasi MySejahtera. Ikuti langkah-langkah seperti di infografik ini untuk menempah janji temu.
#MySejahtera
#AplikasiKesihatanAwam
#GerbangKesejahteraanDigitalAnda
Sumber: MySejahtera
Polymyxins (seperti Polymyxin E (Colistin) dan Polymyxin 😎 telah dikategorikan sebagai Critically Important Antimicrobials oleh pihak World Health Organization (WHO) berdasarkan Annex 1 Penerbitan WHO Critically Important Antimicrobials for Human Medicine. Seterusnya polymyxins telah dikategorikan sebagai highest priority berdasarkan Table 2: Prioritization of antimicrobials categorized as “Critically Important” in human medicine kerana telah menepati kesemua faktor keutamaan (prioritization factors). Kategori di atas adalah sebagai panduan bagi menentukan langkah pengurusan risiko bagi mengehadkan penggunaan antimikrobial dan seterusnya mengekang risiko kerintangan (resistance).
Polymyxin khususnya Polymyxin E (Colistin) mempunyai potensi untuk disalahguna dalam makanan haiwan sebagai agen growth promoter. Penggunaan Polymyxin E (Colistin) secara berleluasa boleh menyumbang kepada kerintangan antimikrobial (Antimicrobial Resistance, AMR).
Oleh itu, terdapat keperluan untuk menyenaraikan semua polymyxins (kecuali polymyxin B dalam bentuk sediaan topikal) sebagai bahan terlarang dalam produk ubat veterinar sebagai langkah mengurangkan risiko kerintangan antimikrobial (AMR) terhadap polymyxins.
Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-381 yang bersidang pada 2 Februari 2023.
Keputusan mesyuarat adalah tidak terpakai untuk produk ubat veterinar yang mengandungi polymyxin B dalam bentuk sediaan topikal. Oleh itu, pendaftaran produk ubat veterinar sedia ada yang mengandungi polymyxin B dalam bentuk sediaan topikal adalah dikekalkan.
Kenyataan penuh di https://kpkesihatan.com/2023/02/07/kenyataan-media-kpk-7-februari-2023-keputusan-mesyuarat-pihak-berkuasa-kawalan-dadah-kali-ke-381-berkenaan-pendaftaran-produk-ubat-veterinar-yang-mengandungi-polymyxins/
🤧 Jangkitan Influenza disebabkan virus Influenza yang menjangkiti salur pernafasan. Ia boleh menyebabkan gejala jangkitan yang ringan mahupun serius.
⚠️Dalam keadaan tertentu, ia boleh mengancam nyawa individu yang dijangkiti terutama bagi golongan berisiko tinggi.Komplikasi jangkitan Influenza boleh dicegah dengan mendapatkan vaksin influenza secara tahunan. Ini kerana:
▪️ Struktur virus Influenza boleh berubah (antigenic drift)
▪️ Formulasi vaksin influenza dikemaskini oleh WHO setiap tahun
▪️ Formulasi mengikut kesepadanan vaksin dengan virus yang diunjurkan menular pada setiap musim.
✅Pada masa ini, vaksin Influenza ditawarkan di fasiliti kesihatan swasta.