budaktarbiah | Неотсортированное

Telegram-канал budaktarbiah - Budak Tarbiah

5094

Подписаться на канал

Budak Tarbiah

JANGAN LUPA SOLAT!

Apa pun berlaku, jangan lupa solat. Kalau tertinggal, usahakan untuk qadha semula.

Sebab, sampai 1 masa nanti, kita dah tak perlu solat pun :') Cuma yang membezakan adalah, kita 'pulang' nanti bersama 'hutang', atau dengan rasa lapang.

Come on.
Cuba kita fikir dan kira, waktu kita bersama Dia.

Let say kita peruntukkan 5 min untuk setiap waktu solat kita. Kita kira yang wajib je. Sunat sunat ni kira bonus.

5min x 5 waktu = 25min sehari
25min x 7 hari = 175min @ 2jam 55min seminggu
25min x 365 hari = 9,125min @ 152jam 5min @ 6 hari setahun!

Kalau kita kumpul semua waktu solat wajib kita, umpama kita solat 6 hari non-stop. Kita ada baki lagi 359 hari lagi utk kita buat hal lain. Apa lagi alasan untuk kita lupa / tak sempat? 😔

#budaktarbiah
#pilihcaramati

@budaktarbiah

Читать полностью…

Budak Tarbiah

“Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, dan mengerjakan amal soleh, serta berkata: ‘Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri (Muslim)’?” (Fussilat: 33)

@budaktarbiah

Читать полностью…

Budak Tarbiah

Bila kita rasa kita tak layak atau tak cukup bagus untuk jadi orang baik, ingat satu benda ni.

Sejahil apa pun kita dahulu,
Atau seburuk apa pun background keluarga kita,
Kita tak pernah mengharapkan keturunan kita memperbaiki akhlak dan sikap kita.
Tapi bahkan kita yang akan berusaha untuk menjadi orang yang memperbaiki keturunan kita kedepannya.

Dengan harapan,
Allah izinkan kita berjaya membentuk generasi keturunan setelah kita yang juga mencintai Dia ❤️

#puisitarbiah
#SpiritualTreatment
#Chonteng
#Taujihat

@budaktarbiah

Читать полностью…

Budak Tarbiah

Jika ragu-ragu atau mula mempunyai sangkaan yang buruk kepada saudara-saudara kita, pergilah bertabayyun sendiri. Pergilah tanya sendiri empunya badan. Dengar dari kedua-dua naratif. Belaku adillah dalam menyikapi. Kemudian nilailah dengan neraca ketaqwaan.

Takutilah Allah dalam segenap perkara. Kerana dikhuatiri lisan-lisan kita yang berkata-kata, jari-jemari kita yang menaip.. kelak akan disoal oleh Allah.

{ وَلَا تَقۡفُ مَا لَیۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٌۚ إِنَّ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡبَصَرَ وَٱلۡفُؤَادَ كُلُّ أُو۟لَـٰۤىِٕكَ كَانَ عَنۡهُ مَسۡـُٔولࣰا }
[Surah Al-Isrāʾ: 36]

"Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya."

Tak tahu, tanya. Tak jelas, tanya. Ragu-ragu, tanya.

Malu bertanya, sesat jalan. Ego bertanya, diri binasa. Yang risaunya nanti, bukan sesat di dunia saja, bahkan sesat di akhirat, tergelincir masuk dalam Jahannam. Nauzubillah.

Dan apa yang berlaku kepada Sayyidina Utsman? Beliau dibunuh di rumahnya sendiri, di saat beliau sedang membaca Quran. Syahid dalam keadaan Allah redha dengan beliau.

Kemudian barulah rakyat terhegeh-hegeh menyesal. Rupanya-rupanya mereka tertipu dengan si munafiq. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak pedang nyawa tergadai.

Buat orang yang menghadapi cabaran ini, bersabarlah. Kita hanya ada dua 'option' sahaja, sama ada maruah kita dikembalikan seperti Nabi Yusuf عليه السلام di saat keluar dari penjara, atau syahid dalam kemuliaan seperti Sayyidina Utsman رضي الله عنه . Dan dua-dua pilihan ini mulia. Tinggal pilih saja.

Ujian fitnah Sayyidina Ali رضي الله عنه pula lagi mencabar. Cabaran fitnah datang dari dalam jemaah Islam itu sendiri. Iaitu dari sahabat Nabi ﷺ sendiri, Sayyidina Mu'awiyyah رضي الله عنه . Dua-dua ini Allah redha, masing-masing buat kerana agama.

Tapi itulah, perpecahan ini berlaku semua disebabkan adanya si munafiq di tengah-tengah jemaah Islam. Merekalah yang mempelagakan para sahabat sehingga saling berperang. Lebih kurang 70,000 nyawa tentera Islam melayang macam itu saja dari kedua-dua belah pihak. Bertepuk tanganlah para musuh Islam ketika itu.

Namun, para sahabat tetap bersabar. Mereka hadapi saja fitnah demi fitnah. Mereka tidak meninggalkan jemaah. Mereka tahu harga bagi sejengkal syurga itu ialah komitmen mereka dalam berjemaah.

Tanpa iltizam mereka dalam menegakkan agama Allah ini, syurga tidak dapat tertebus walau sejengkal. Lalu bagaimana mereka mampu membeli syurga tanpa membayar dengan nyawa dan harta mereka?

{ ۞ إِنَّ ٱللَّهَ ٱشۡتَرَىٰ مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنِینَ أَنفُسَهُمۡ وَأَمۡوَ ٰ⁠لَهُم بِأَنَّ لَهُمُ ٱلۡجَنَّةَۚ یُقَـٰتِلُونَ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ فَیَقۡتُلُونَ وَیُقۡتَلُونَۖ وَعۡدًا عَلَیۡهِ حَقࣰّا فِی ٱلتَّوۡرَىٰةِ وَٱلۡإِنجِیلِ وَٱلۡقُرۡءَانِۚ وَمَنۡ أَوۡفَىٰ بِعَهۡدِهِۦ مِنَ ٱللَّهِۚ فَٱسۡتَبۡشِرُوا۟ بِبَیۡعِكُمُ ٱلَّذِی بَایَعۡتُم بِهِۦۚ وَذَ ٰ⁠لِكَ هُوَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِیمُ }
[Surah At-Tawbah: 111]

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar."

Begitulah para salafussoleh dalam menghadapi dan menyikapi fitnah-fitnah yang datang mencengkam mereka. Lalu bagaimana pula kita?

Mahu jadi seperti mereka atau mahu kalah dengan hujan kecaman netizen yang kecaman mereka tidak punya apa-apa nilai? Yang kecaman mereka seperti pemberontak Sayyidina Utsman tadi? Yang baru terhegeh-hegeh nak menyesal lepas bunuh seorang ahli syurga?

Maka, bersabarlah. Allah tidak pernah sia-siakan usaha dakwah lillah.

Читать полностью…

Budak Tarbiah

Boleh menangis
Boleh merintih
Boleh berduka
Boleh terluka
Boleh marah
Boleh kecewa

Yang tak boleh?
Tak boleh menyerah
Tak boleh berputus asa
Tak boleh berkeluh kesah

Siapa yang melarang kita menangis?
Allah sahaja tak melarang kita menangis.
Nak menangis? Menangislah.
Nak marah? Marahlah.
Nak kecewa? Kecewalah.
Nak merintih? Merintihlah.

Tapi jangan menyerah,
Jangan berputus asa,
Dan jangan mengeluh kesah.

Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi).” (QS. Az Zumar, 39 : 53-54).


Jika mengeluh sudah menjadi kebiasaan, kenapa tidak dijadikan bersyukur sebagai jalan penyelesaian?

#spiritualtreatment
#tintaaimisuhaimi

@budaktarbiah

Читать полностью…

Budak Tarbiah

Oh Allah, Please Protect Me!

Oh, Allah, please protect me,
In every step, in every plea.
Please guard my attire, pure and neat,
In Your path, guide my wandering feet.

Please protect my manners, keep them refined,
With kindness and patience, make me aligned.
Shield my circle, true and sincere,
With hearts that reflect Your love, always near.

Oh, Allah, please make me strong,
In my hijrah journey, where I belong.
I've seen so many drift away,
From tarbiyyah, they stray each day.

You don't just take the nikmah of hijrah,
But the protection from every fitnah.
To be a good hijabist, I strive,
A good Muslimah, a Mukminah alive.

Oh, Allah, in Your mercy I trust,
Protect me always, as You must.
Guide me, guard me, keep me true,
In everything I say and do.

#spiritualtreatment
#aimispoem

@budaktarbiah

Читать полностью…

Budak Tarbiah

Semakin hari, semakin banyak senda gurau, hiburan, dan peralihan isu yang berlaku, sehingga membuatkan umat lupa tentang saudara kita.

249 saudara kita terbunuh dalam tempoh 24 jam yang lalu. Apakah hati kita masih bersama mereka? atau sudahkah kita melupakan mereka? Ingatlah bahawa setiap dari kita akan dipersoal.

Gunakan media sosial kita untuk menyebarkan berita seperti ini. seterusnya didik orang sekeliling kita untuk membenci mereka dengan menyebarkan ilmu kearah menyatukan hati umat. Bukan menyebarkan perbalahan, perpecahan yang hanya akan merancakkan ruangan komen.

Читать полностью…

Budak Tarbiah

It is never a sin to feel down and frustrated. Just take a break and let yourself heal by reading or listening to the calming sacred book of the Quran.

Spend more time with Him, the One who will solve all of your problems and troubles. He has merely tested us to see how we will turn back to Him and confide everything in Him.

“Those who believe and whose hearts find comfort in the remembrance of Allah. Surely in the remembrance of Allah do hearts find comfort. Those who have believed and whose hearts are assured by the remembrance of God.” (Ar Ra’d, 13:28)

May this poem help you heal faster 🙂

========


Down?
Have some break, let your worries fade,
Embrace the solace that the Quran has laid.
In its sacred verses, a balm for the soul,
A source of healing that makes us whole.

When life weighs heavy, and burdens prevail,
Seek refuge in the Quran, let it unveil
The wisdom and guidance it gently imparts,
Comforting whispers that soothe troubled hearts.

With each recitation, a tranquil retreat,
A divine melody, melodious and sweet.
Words penned in heaven, imbued with light,
Illuminate the darkness, dispel the night.

For within its pages, a treasure untold,
The secret to serenity, the stories of old.
Lessons of patience, forgiveness, and grace,
Revive our spirits, put a smile on our face.

The Quran, a sanctuary, a refuge divine,
Its verses caress us like a soothing and it’s fine.
In its timeless verses, we find our release,
A haven of tranquility, bringing inner peace.

So let us turn to its verses, let us abide,
In the solace of Quran, our hearts confide.
For healing lies within its sacred core,
The best remedy for our souls to restore.


#spiritualtreatment
#aimispoem

@budaktarbiah

Читать полностью…

Budak Tarbiah

NAK STUDY OVERSEA! - Khas untuk pelajar lepasan SPM versi limited edition.

“Kak, SPM saya 6A je kak. Ada peluang ke sy nak study oversea?”

“Saya teringin nak sambung belajar oversea, tapi sy takut culture shock! Lepastu, saya tak tahu nak pilih course apa. Risau habis belajar, bawak hutang je”


No worry, adik adik.

Dalam hidup ni, apa je yang impossible untuk berlaku? Semua boleh berlaku.

My own testimony : Grad MRSM dengan pointer 3.21 je. Dapat tawaran scholarship ke UTP dan persediaan perubatan USM ke India.

Ha, pilih lah nak pergi mana.

Nah, korang nak tak kalau akak SHARE kat korang 4 pathway untuk korang sambung belajar overseas dengan SCHOLARSHIP?

Register link ZOOM di bawah untuk dapat reminder di emel terus,
https://us02web.zoom.us/meeting/register/tZMkceigrzgtHNXccrc4nv2wWihbyn9707RO

Dan DM akak di IG untuk akak masukkan korang dalam group whatsapp :
instagram.com/aimisuhaimi

p/s : Make sure register link untuk dapat reminder di emel, dan untuk akak tahu apa yang akak boleh bantu korang ya!

Do SPREAD THIS NEWS to all your mates, for their future too

Читать полностью…

Budak Tarbiah

Wahai akhi,
Wahai ukhti.

Mengapa hati itu terlalu rapuh dalam menampung beban dan amanah yang dipercayakan Tuhan ?

Mengapa jiwa itu terlalu goyah dalam menancapkan keyakinan untuk menghidupkan jiwa jiwa insan ?

Mengapa terlalu cepat merasa goyah dan terus mengalah ?

Tak yakin kah kalian bahawa kalian adalah hamba yang dipilh Allah untuk meneruskan apa yang kekasih-Nya telah mulakan ?

Tak rindu kah untuk merasa sakit dan derita dalam mengorbankan segala apa yang ada, sepertimana yang dirasakan oleh Baginda dan barisan sahabatnya ?

Akhi wal ukhti.
Kita tak punya banyak masa untuk menimbal samada kita layak untuk berdakwah atau tidak.
Kita juga tak punya banyak pengalaman untuk dipertikaikan.

Tapi kita tahu, kita ada satu keinginan yang kuat, untuk mencapai redha Dia, dan bertapak di syurga-Nya.

Bagaimana ?
Istighfar, dan menangislah sambil berlari.
Biarkan kaki itu terus melangkah walau ia dipenuhi darah.
Biarkan. Kerana itu adalah sunnah dalam berdakwah :')

#SpiritualTreatment
#Chonteng
#Taujihat

p/s : Sabarlah, dan tsabatlah :') Kerana istilah rehat itu hanya wujud setelah setapak kaki melangkah ke dalam syurga.

@budaktarbiah

Читать полностью…

Budak Tarbiah

Di dunia ini,

Dari banyaknya jumlah manusia hanya sedikit saja dari mereka yang sadar.

Dari sedikit yang sadar hanya sedikit yang berislam.

Dari sedikit yang berislam itu hanya sedikit yang berdakwah.

Dari mereka yang berdakwah lebih sedikit lagi yang berjuang.

Dari mereka yang berjuang sedikit sekali yang bersabar.

Dan dari mereka yang bersabar hanya sedikit sekali dari mereka yang sampai akhir perjalanan.

Regards,
Asy Syahid Imam Hasan Al-Banna.

Читать полностью…

Budak Tarbiah

INTRODUCTION TO NEW ZEALAND & AUSSIE 🇳🇿

Student Edition by MyFundAction New Zealand

Whether you are looking for practical planning tips, or getting to know life in New Zealand & Australia, here are some facts to get you started. Planning out the nitty gritty details of your life in advance can help you ensure your journey to these both countries goes without a hitch.

We are pleased to invite you to our session with excellent student and successful Alumni of New Zealand's & Australia's university.

This exclusive session will cover:

🇦🇺 1000am : The key preparation you need to be ready (mentally, physically & spiritually) before fly abroad!
🇦🇺 1145 : Tips and trick to not only survive, but also excel studying and living abroad.
🇦🇺 1315 : BREAK
🇦🇺 1400 : We will be having a live virtual tour straightaway from NZ and OZ to make you feel at hope the moment you arrive :)

🎗Date : 27 March 2022 (Sunday)
🎗Time : 1000 - 1530 (GMT)

READY, GET SET, FLY!

To register, click :
https://forms.gle/tNKT2Ykjtg59Dz61A

Kindly PM respective contact below (after register), to join event group and the zoom link will be shared a day before the event.

New Zealand :
Dr Noor Aini - wa.link/zqxdjw
Brother Habib - https://wa.link/eas6sk

Australia :
Dr Afiq - https://wa.link/2zm6kc
Miss Aimi - https://wa.link/2ib1d8

Читать полностью…

Budak Tarbiah

JANGAN LUPA SOLAT!

Apa pun berlaku, jangan lupa solat. Kalau tertinggal, usahakan untuk qadha semula.

Sebab, sampai 1 masa nanti, kita dah tak perlu solat pun :') Cuma yang membezakan adalah, kita 'pulang' nanti bersama 'hutang', atau dengan rasa lapang.

Come on.
Cuba kita fikir dan kira, waktu kita bersama Dia.

Let say kita peruntukkan 5 min untuk setiap waktu solat kita. Kita kira yang wajib je. Sunat sunat ni kira bonus.

5min x 5 waktu = 25min sehari
25min x 7 hari = 175min @ 2jam 55min seminggu
25min x 365 hari = 9,125min @ 152jam 5min @ 6 hari setahun!

Kalau kita kumpul semua waktu solat wajib kita, umpama kita solat 6 hari non-stop. Kita ada baki lagi 359 hari lagi utk kita buat hal lain. Apa lagi alasan untuk kita lupa / tak sempat? 😔

Video :
https://www.instagram.com/aimisuhaimi/reel/CY58CrZLa1M/?utm_medium=copy_link

#budaktarbiah
#pilihcaramati

Читать полностью…

Budak Tarbiah

Da'ie yang muflis ialah da'ie yang nilai cinta dan takwa-nya pada Allah mulai memudar.. Dia mula keliru antara mahu setia dengan ketaatan atau khianat dengan kemaksiatan..

Da'ie yang muflis ialah da'ie yang kualiti dan kuantiti ibadahnya mulai menurun.. Kekhusyukannya mula teralih.. Dia tidak mampu menyelami dalam lautan kemanisan ibadah kerana hatinya telah lemas dengan kesibukan dunia..

Da'ie yang muflis ialah da'ie yang akhlaknya jauh daripada apa yang dicontohkan oleh uswatun hasanah.. Cepat marah tanpa sebab jelas, tiada ihsan dalam setiap pekerjaan, hak sesama manusia tidak dipedulikan..

Da'ie yang muflis ialah da'ie yang tidak membaca atau menuntut ilmu.. Dia ada masa untuk berkata-kata untuk memenuhi keperluan telinga orang lain, tetapi dia tidak ada masa untuk memberikan pemikirannya masa untuk makan supaya dia dapat membesar.. Maka, yang keluar lebih banyak daripada apa yang masuk.. Jadilah cerita berpusing pada poin yang sama.. Tidak ada wawasan baru dan luas..

Muflis?

Ya.. Dia muflis kerana dia sibuk memberi, sedangkan dirinya semakin kehilangan apa yang dia miliki...

Apabila akidahnya kering, ibadahnya kontang, akhlaknya gersang, dan pemikirannya tandus, apa lagi yang kita boleh harapkan daripada da'ie yang kualitinya seperti ini?

@inilahmasanya
--------
/channel/inilahmasanya
https://fb.com/inilahmasanya.mkj/

Читать полностью…

Budak Tarbiah

Bahagia secukupnya.
Sedih seperlunya.
Mencintai sewajarnya.
Membenci sekadarnya.

Tapi,
Bersyukurlah sebanyak-banyaknya.

p/s : Jangan sampai bila dah hilangnya nikmat, baru mula nak menyesal terpisat-pisat.

@budaktarbiah

Читать полностью…

Budak Tarbiah

Cerita sos cili!

Pernikahan ni bukan tentang Give and Take. Tapi ia adalah medan “i want to serve you the best”, dan medan berebut pahala sebanyaknya.

“Aduh, kenapa awak sailang pahala sy harini?”
“Jangan basuh pinggan! Tu task sy, pahala sy. Awak rehat je.”

Nikmat menikah ni, semua benda jadi pahala. Sebab tu rugi kalau bercinta sebelum nikah. Sebab semua yg dibuat bersama menjadi dosa. :p

Gitchu!

Suami orang makan kt luar dengan perempuan yang takde ikatan dan tanpa sebarang keperluan? Bukan setakat tergoda, malah berdosa.

Sos paket tu belakang kira. Tapi kalau suami makan dengan isteri, teguk botol cili tanpa lauk lain pun jadi pahala. Wkwkwwk 😆

Pilih ah nak yang mana!

#sentapjap
#soscili

@budaktarbiah

Читать полностью…

Budak Tarbiah

Takut Nak Ajak Orang Lain? Tapi Dunia Sedang Terbakar.

Kita tahu di zaman ini, tarbiah diri & ajak orang lain kembali kepada Allah itu penting.

Tapi hakikatnya masih ramai yg takut-takut.
Takut orang judge.
Takut dikatakan bajet baik.
Takut kena reject.
Takut diri sendiri tak cukup baik.
Takut tak pandai bercakap.
Tapi dalam masa yang sama
Dunia sedang terbakar.

Di TikTok, ribuan konten normalisasi hubungan sedarah, BDSM dan fetish pelik trending setiap minggu.

Komik dan animasi LGBTQ makin dijajah dalam hiburan remaja.

Budaya “OnlyFans” dan sugar baby makin diterima sebagai “cara mudah buat duit.”

Budak sekolah rendah hatta budak tadika pun dah tahu namanya pornstar dan tengok porn dalam tandas.

Ramai remaja Muslim percaya zina bukan dosa besar “asalkan consensual.”

Bahkan ada yang kata: “Kenapa perlu kahwin, kalau boleh buat semua benda sebelum kahwin?”

Haishh!!! Ikutkan emosi, aku rasa nak cincang-cincang mulut si jahil yg bercakap ni.

Tapi kita hari ini masih takut nak bercakap?
Hey come on! Realiti ini patut buat kita menangis.
Kalau kita yang tahu kebenaran pun diam,
Siapa lagi yang akan bersuara?

“Dan janganlah kamu menyembunyikan apa yang telah Allah turunkan (dari kebenaran)…”
(Ali ‘Imran: 187)


Dan Nabi SAW pun sudah berpesan kpd kita melalui hadis baginda:

“Barang siapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka ubahlah dengan tangannya. Jika tidak mampu, maka dengan lisannya. Jika tidak mampu, maka dengan hatinya, dan itu selemah-lemah iman.” (HR Muslim)


Tapi yes, aku faham, takut itu ada.
Kita manusia biasa.
Rasa takut itu fitrah. Tapi jangan biar takut menutup keberanian.

Baca balik kisah Nabi Musa AS. Beliau seorang nabi, tapi masih merasa takut untuk berdakwah sebab dia manusia gak.

“Ya Tuhanku, aku takut mereka mendustakanku.” (Asy-Syu’ara: 12)


Allah tak marah. Sebab itu fitrah kejadian manusia. Sebaliknya Allah memberi kekuatan buat Nabi Musa.

“Jangan takut! Sesungguhnya Aku bersama kamu.” (Taha: 46)


Jadi, buat korang yang masih kecut nak berdakwah atau nak sampaikan kebenaran atau ajak orang lain kepada kebaikan, lebih-lebih lagi di saat kau sorang-sorang, boleh jadikan ni tips berguna:

1. Yakin, bukan kau yang beri hidayah. Allah yang beri.
Tugas kau cuma sampaikan. Bukan ubah hati orang. So tak payah fikir banyak sampai akhirnya kau tak gerak pun.

“Sesungguhnya engkau (Muhammad) tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang engkau cintai…” (Al-Qasas: 56)


2. Jangan tunggu sempurna baru nak ajak orang.
Kalaulah dakwah itu hanya untuk orang sempurna, takkan ada sesiapa yang berdakwah kat muka bumi ini.

Dengan amar makruf nahi mungkar inilah yang akan menyucikan dan memperbaiki kita.

3. Sampaikan ikut kadar yang kau mampu.
As starting, satu ayat pun cukup.
Nak share artikel pun boleh. Itu dah cukup baik. Pastu ajak geng-geng sekepala korang sekali.

"Eh awak, jom kita gi edar artikel tentang Palestin malam ni, kita nak share ayat qur'an kat member-member kita kat sekolah/kampus ni, nak sama-sama remind utk makin sedar diri."

“Sampaikanlah dariku walau satu ayat.” (HR. Bukhari)


4. Istiqomah dengan circle tarbiyah yang boleh tolong topup iman dan kekuatan kita.

Dakwah tak boleh seorang. Kita perlukan orang yang sentiasa ingatkan dan tolong jaga bahu kita daripada rebah. Erk fikir jap, bahu ka kaki? Takpalah 😅

Maksud aku tu, kau nak ajak orang lain jadi baik, ingat Allah tapi paling utama diri kau dulu. Kau dulu kena ada kemahuan dan kesedaran nak berubah barulah ada kekuatan untuk mengubah.

Akhir kata,
Kalau bukan kita yang nak ajak orang lain kepada hal mengingat Allah, siapa lagi?
Kalau bukan sekarang, bila lagi?
Jangan takut suara kamu terlalu kecil.
Kerana kadang, satu story IG pun boleh ubah hati seseorang.
Satu ajakan pergi halaqah/program tarbiah boleh selamatkan seorang jiwa dari neraka. Mungkin.

Dunia sedang terbakar.
Tapi kita ada air dari langit Yakni kebenaran, iman, dan Allah! 💪
Padamkan api itu. Mulakan dengan apa yang kalian mampu.

Читать полностью…

Budak Tarbiah

{ وَٱصۡبِرۡ فَإِنَّ ٱللَّهَ لَا یُضِیعُ أَجۡرَ ٱلۡمُحۡسِنِینَ }
[Surah Hūd: 115]

"Dan sabarlah (wahai Muhammad, engkau dan umatmu, dalam mengerjakan suruhan Allah), kerana sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan."

{ فَٱسۡتَقِمۡ كَمَاۤ أُمِرۡتَ وَمَن تَابَ مَعَكَ وَلَا تَطۡغَوۡا۟ۚ إِنَّهُۥ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِیرࣱ }
[Surah Hūd: 112]


"Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan."

Kredit penulisan daripada Ustaz Abdullah Azzam.

@budaktarbiah

Читать полностью…

Budak Tarbiah

Sayyidina Utsman dan Sayyidina Ali رضي الله عنهما ialah dua khalifah yang menghadapi cabaran fitnah.

Sayyidina Utsman menghadapi cabaran fitnah yang datang dari luar jemaah Islam, iaitu dari seorang Yahudi yang munafiq mengaku memeluk Islam, Abdullah bin Saba'.

Beliau menuduh bahawa Sayydina Utsman telah membakar Quran, kemudian mengamalkan sistem kroni dan nepotisme dengan melantik saudara-maranya menjadi penjaga di wilayah-wilayah yang baru ditakluki.

Sedangkan tindakan beliau membakar Quran itu adalah untuk men'syncronize'kan penulisan Quran, agar tidak berlaku kekeliruan dan menjaga keaslian Quran. Kemudian beliau menyuruh para Qurra' menulis kembali Quran dengan SOP penulisan yang telah disusunnya, yang sehingga kini SOP tersebut diguna-pakai, iaitu SOP penulisan Rasm Uthmani.

Kita dapat membaca Quran hari ini, semuanya berkat dari sistem penulisan yang telah dibuat oleh Sayyidina Utsman. Pahala kita membaca Quran, semua masuk ke dalam saham akhirat Sayyidina Utsman.

Manakala pelantikan saudara-maranya sebagai penjaga di beberapa wilayah, bukanlah disebabkan beliau mengutamakan keluarga atau kaum kerabat. Namun disebabkan ramai orang-orang yang layak memimpin daripada kalangan Quraisy, terdiri daripada kaum kerabat beliau sendiri. Oleh itu, beliau melantik mereka.

Lagi pula, wilayah yang mereka jaga, bukanlah wilayah yang stabil sangat pun. Wilayah yang baru ditakluki, faham-faham sajalah bagaimana keadaannya. Dengan huru-haranya, kacau-bilaunya, tak bersistemnya, tak terurusnya. Jadi, Sayyidina Utsman meletakkan mereka di situ, untuk menstabilkan kembali keadaan di sana.

Mereka bukannya memerintah di kawasan yang sudah sedia makmur. Banyak lagi kerja nak kena buat lepas perlantikan itu.

Namun, apakan daya. Rakyat a.k.a netizen ini, bukannya tengok sisi tersebut. Mereka hanya nampak sisi buruk yang digembar-gemburkan oleh si munafiq tadi.

Si munafiq itu pun bukannya mereka kenal sangat pun, tapi disebabkan isu yang dia bawa itu agak sensasi dan viral, mereka terus percaya secara membuta tuli. Itulah sifat netizen, dari dulu sampai sekarang. Mereka lebih percaya si munafiq berbanding dengan seorang sahabat Nabi, yang hidup matinya untuk agama Allah ini.

Sedangkan Allah berfirman:

{ یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوۤا۟ إِن جَاۤءَكُمۡ فَاسِقُۢ بِنَبَإࣲ فَتَبَیَّنُوۤا۟ أَن تُصِیبُوا۟ قَوۡمَۢا بِجَهَـٰلَةࣲ فَتُصۡبِحُوا۟ عَلَىٰ مَا فَعَلۡتُمۡ نَـٰدِمِینَ }
[Surah Al-Ḥujurāt: 6]

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."

Kita pegang pada prinsip ini, dan kita juga cuba fahamkan umat akan prinsip ini. Orang beriman, sifatnya tidak gopoh menerima satu-satu berita. Kadang-kadang kita kena jadi macam Imam Bukhari رحمه الله, sangat berhati-hati dalam menerima apa-apa berita. Maklumlah, ahli hadis kan, silap terima cerita sikit, habis satu riwayat hadis tersebut jadi dhaif atau palsu.

Maka begitu juga beliau di dalam urusan duniawi yang lain. Pernah satu kali beliau 'redflag' satu orang ini, hanya disebabkan tertengok dia menangkap ayam dengan cara memberi makan dahulu, sebelum menelangkupkan sangkar ke atas ayam tersebut.

Tengok situasi tersebut, beliau terus tak nak dengar apa-apa berita daripada orang tersebut. Walhal bukannya buat apa pun. Hanya mengumpan ayam dengan helah saja. Itupun dia terus 'redflag'.

Kata beliau: "Jika ayam saja dia boleh menipu, maka tidak mustahil dengan manusia juga dia boleh menipu."

Tengoklah sifat taqwa dan berhati-hati yang ditunjukkan oleh para salafussoleh kita. Contohilah mereka, kerana mereka sebaik-baik hamba Allah yang hidup di atas muka bumi ini.

Begitulah sepatutnya kita dan begitulah sepatutnya para netizen atau masyarakat perlu bersikap. Dengan adanya teknologi yang ada, sudah tidak ada alasan lagi untuk kita tidak bertabayyun.

Читать полностью…

Budak Tarbiah

Hari ni Malaysia cuti, Australia tidak. Beza negara Muslim dan negara minority Muslim. Tapi apa pun, cuti atau tidak, sedar-sedar dah tahun 1446H.

1446 tahun berlalu sejak Rasulullah mulakan perjalanan hijrah. Bersungguh sebarkan cinta dan dakwah meski rasa jerih rasa lelah, demi ummat kembali pulang mengenal Allah.

Tapi sayang. Realitinya harini lebih ramai memilih untuk mencapai cita-cita duniawi, dan puaskan hawa nafsu sendiri. Bahkan ada yang ‘berhijrah’ dari jantina yang diberi, kepada LGBT. Eh!

Teringat 6 tahun sudah. Waktu En Somi masih bertugas di hospital, bertemu dengan banyak pesakit yang bukan sahaja diuji fizikal, tapi ada juga anak kecil yang jadi mangsa mental.

Dikongsi gambar anak kecil, belum setahun pun lagi. Comel, tembam, mashaAllah! Dapat tahu, mak ayah ditangkap kerana drug addicted. Si comel itu akhirnya membesar di JKM tanpa kasih ibu ayah, yang entah dia pernah dapat entah tidak.

Aduh, barai hati dan emosi!

Berpindah pula ke Australia, dengar pula cerita yang lebih menakutkan. Kisah tentang mereka yang terlahir dari rahim seorang Muslim. Bahkan hidup bersekedudukan dengan yang bukan Mahram, tambah pula dengan tak segan dan berbangga pula buat hal hal haram.

Allahu, terkilan!

Justeru, apa makna hijrah kita setiap hari? Kalau perubahan kita hanya semata untuk diri sendiri (itu pun, kalau ada), tapi tidak memberi impak kepada masyarakat sekeliling hari ini?

Ingat ni. Nak mula hijrah itu mungkin mudah. Tapi nak istiqomah itu pasti sedikit mencabar. Cari lah lingkungan yang boleh bersama-sama kita dalam bermujahadah. InshaAllah, kita lebih bersemangat dalam nak berubah.

“Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.” (QS Ar-Ra’d, 13:11)


Ayuhlah, tepuk dada sendiri, ajak bestie bestie, dan juga keluarga yang dicintai, sama sama kita saling membimbing untuk jadi yang lebih baik dari hari ini. Tak dapat ubah banyak, sikit pun jadi.

Share post ni kat orang tersayang, yang korang nak ajak berhijrah bersama. Nama pun ukhuwah till jannah kan :p

Salam sayang,
Salam Maal Hijrah.

t.me/budaktarbiah

Читать полностью…

Budak Tarbiah

HAPPY HOUR QURBAN IN AFRICA
🔈🔈🔈🔈


Assalamualaikum, final call day for Qurban in Africa today is at 11:00H MYT

Hence, we are glad to re-open Happy Hour Sale

1 Goat = RM470 RM400 Only

https://qurban.myfundaction.org?ref=B08-Y0001

Читать полностью…

Budak Tarbiah

Akh Abdullah mesej, "Akh, ana demam ni.. Nak minta 'excuse' halaqoh malam ni boleh?"

"Antum naik teksi.. Boleh?"

"Insya-Allah.."

--

Selesai solat isya'.. Aku lihat dia berselimut atas katilku.. Panas..

Maka aku biarkan dia tidur.. Halaqoh tetap berjalan seperti biasa dengan peserta yang lain..

Sambil saling mendoakan..

Syadid? Itu mata kamu.. Mata kami, itulah namanya tarbiyah..

Sebab kami dah janji, sihat atau sakit, Islam tetap perlu diperjuangkan..

Bayangkan.. Untuk ke halaqoh 'time' sakit pun dah tak mampu, komitmennya duduk je pun~ Tak mampu~ Bagaimana untuk angkat senjata nanti?

9:41

3 Julai 2013

Читать полностью…

Budak Tarbiah

Dear brothers and sisters,

It's okay to fail, keep learning new things every day.

InshaAllah, instead of feeling frustrated, you will recover faster and know where to improve on your next day. Success is just a few steps away from you. It's not that far. As long as you keep walking, you will find and attain it.

The key is simply to keep learning new things every day.

As for those who strive in Our cause, We shall surely guide them to Our Ways. Indeed Allah is with those who do good” (Al Ankabut, 29:69)

May this poem help you heal faster :)

========

In life's intricate dance, do not despair,
For failure is but a step on the stair.
With each stumble, with each fall,
New lessons emerge, answering the call.

InshaAllah, frustration shall not abide,
For in learning, strength will reside.
From setbacks, you shall swiftly rise,
Guided by wisdom's radiant skies.

Success, dear soul, is within your reach,
Just beyond the lessons that life will teach.
Though distant it may seem, fear not the distance,
For with every step, you gain resistance.

The key, my friend, lies solely in you,
To seek knowledge and embrace it anew.
With each passing day, a chance to grow,
Unveiling treasures that you'll come to know.

So let failures be your stepping stone,
And resilience be the path you own.
Through continuous learning, your heart shall thrive,
In the pursuit of dreams, you shall truly arrive.

#spiritualtreatment
#aimispoem

@budaktarbiah

Читать полностью…

Budak Tarbiah

Biasiswa / Pinjaman Pelajaran Lepasan SPM 2021
Telegram : Info Lepasan SPM (/channel/infolepasanspm)
ig: @rofiahkholis @rodliah
(Senarai ini akan diupdate dari masa ke semasa)

1. PETRONAS Education Sponsorship Programme
Lokasi: Malaysia dan Luar Negara
Syarat Minima: 8A- (Local), 4A/A+ 4A- (Oversea)
Bentuk penajaan: Full scholarship (biasiswa penuh)
Tarikh permohonan: 16 Jun to 22 Jun
Link: https://educationsponsorship.petronas.com.my/OAS

2. BNM - Kijang Scholarship
Lokasi: Malaysia dan Luar Negara
Syarat minima: 8A (A & A+ sahaja)
Bentuk penajaan: Full scholarship (biasiswa penuh)
Tarikh permohonan: 16 Jun - 26 Jun
Link: https://www.bnm.gov.my/careers/scholarships

3. Yayasan Khazanah
Lokasi:
Malaysia : Khazanah Watan
Luar Negara : Khazanah Global
Syarat minima: 8A (A & A+ sahaja)
Bentuk penajaan: Full scholarship (biasiswa penuh)
Tarikh permohonan: 10 Jun - 30 Jun
Link: https://applicationportal.yayasankhazanah.com.my/

4. PNB
Lokasi: Luar negara
Syarat minima: 8A (A & A+ sahaja), GCEO 1119 minimum 2A
Bentuk penajaan: Full scholarship (biasiswa penuh)
Tarikh permohonan: 13 Jun - 24 Jun
Link: https://www.pnb.com.my/05_5Scholarship_EN.php

5. Shell
Lokasi: Dalam dan luar negara
Syarat minima: 8A (A & A+ sahaja)
Bentuk penajaan: Full scholarship (Biasiswa penuh)
Tarikh permohonan: Dibuka sehingga 30 Jun
Link: https://www.shell.com.my/careers/students-and-graduates/scholarships.html

6. Star Education Fund
Lokasi: Dalam negara
Syarat minima: Mendapat keputusan cemerlang
Bentuk penajaan: --
Tarikh permohonan: Dibuka sehingga 30 Jun
Link: https://www.thestar.com.my/edufund

7. Yayasan Tenaga Nasional (YTN)
Lokasi: Dalam dan luar negara
Syarat minima: Mendapat keputusan cemerlang
Bentuk penajaan: Pinjaman boleh ubah (PBU) / Full scholarship (biasiswa penuh) - bergantung kepada program
Tarikh permohonan: 16 - 30 Jun
Link: https://ytn.tnb.com.my/

8. Young Talent Program (YTP) MARA
Lokasi: Dalam dan luar negara
Syarat minima: Minima 6A- (bergantung kepada setiap program)
Bentuk penajaan: Pinjaman boleh ubah (PBU)
Tarikh permohonan: 17 (10 pagi) - 27 Jun (12 tgh hari)
Link: https://www.mara.gov.my/en/index/

9. JPA JKPJ
Lokasi: Jepun, Korea, Perancis, Jerman
Syarat minima: 5A/A+ 2A-
Bentuk penajaan: Pinjaman boleh ubah (PBU)
Tarikh permohonan: 16 (5 ptg) - 30 Jun (5 ptg)
Link: https://esilav2.jpa.gov.my/

10. Yayasan Telekom Malaysia - Future Leadership Scholarship
Lokasi: Dalam dan Luar negara
Syarat minima: 6A (Local), 8A (Luar negara). Utk bahagian English (1119-GCEO), pilih others.
Bentuk penajaan: Full scholarship (biasiswa penuh)
Tarikh permohonan: Dibuka sehingga 30 Jun
Link: https://www.tm.com.my/yayasantm/Pages/scholarships.html#future-leaders-scholarship-programme

11. Yayasan UEM
Lokasi: Dalam dan Luar negara
Syarat minima: 7A (A+/A)
Bentuk penajaan: Full scholarship (biasiswa penuh) + bonded
Tarikh permohonan: Dibuka sehingga 26 Jun
Link: https://www.uem.com.my/yayasanuem_scholarship.aspx

Читать полностью…

Budak Tarbiah

#VITALPOWER – THE BEST APOLOGY IS CHANGED BEHAVIOR ✌️?✌️

?????
INSTEAD OF JUST “SORRY” DESCRIBE EXACTLY WHAT YOU WOULD DO IF YOU WERE EXPOSED TO THE SAME SITUATION AGAIN!
?????

Ok!

A “Sorry” might not change the fundamental dynamics between two people.

Most of the time you need more than that to make someone feel safe again.

Ideally here is what a “Real” apology looks like:

0 – Say you’re sorry

1 – Go into detail about what you did

2 – Put yourself in their position / Emphatize

3 – Why you think it was wrong

4 – What you would do instead if you are exposed to the same situation again in the future

If you are the one who messed up, it takes courage to take these steps!

You admit your wrong doing and take responsibility for having crossed the line.

You commit yourself to change your behavior in the future!

Can you feel the impact?

Can you feel how these steps bring back safety in your connection?

Have you ever apologized in such deep way?

How did it impact your connection?

It might take some repeating of these steps to get your message through.

Your partner or friend might not fully get it or trust it at first.

This means that you must be clear and firm in your words.

~~~~~

If you are the one receiving the apology, how does it feel when someone simply says “I’m sorry” but doesn’t really get it?

You feel they give you a “Sorry” just to deflect the tension but are ready to “Do it again” as soon as the trigger situation arises one more time in the future.

How does it feel when you are receiving an “In depth” apology with deep understanding of the dynamics involved?

~~~~~

For instance, if you are a couple and you are the one who messed up in a specific situation, here is what it can look like:

0 – “I’m sorry I showed up one hour late”

1 – “I said I would be here at 7 and didn’t show up”

2 – “I can totally imagine how this makes you feel”

3 – “It’s wrong because I kept you waiting. It’s completely out of integrity on my end”

4 – “In the future, I’ll make sure I leave 1 hour earlier and do everything I can to show up on time”

~~~~~

I know this example can feel pretty trivial but you get the point.

Going through this sequence reestablishes trust in your connection.

I know it looks like a recipe but once you get the sequence and understand these dynamics, it becomes natural and second nature.

Is it hard work, or creating too much fuzz out of something insignificant?

Well… Some wounding around betrayal for instance can go really deep.

For instance you might have been exposed to a cheating episode in your relationship and realize that 10 years later you still don’t trust your partner.

That might be because they never gave you a real in depth apology

It’s really simple and obvious, right?

So it’s up to you to decide how deep you want to go when this type of challenges arise.

Is it a one time mistake or is it repeat behavior that poisons your relationship?

~~~~~

If you are the one apologizing, you might try to avoid all that by:

– Finding excuses
– Thinking it’s no big deal
– Blaming others or your partner for your actions
– Trying to justify yourself
– Being in denial
– Etc.

ALL OF THESE ARE AVOIDANCE TACTICS!

~~~~~

Another important point!

Your apology must come from your TRUTH SOURCE, not someone else’s!

An apology that arises by force or threat is just a lie in disguise!

If you don’t feel it, don’t say it!

Don’t force words that don’t seem real to you!

For instance if you don’t really care, are in denial or feel that your excuses are valid, then simply say that and own it! ??

And be ok with your attitude being a potential deal breaker in your relationship with that person.

~~~~~

? HAVE YOU EXPERIENCED ANY OF THESE DYNAMICS?

? DID YOU EVER APOLOGIZE IN THAT WAY?

? HAVE YOU EXPERIENCED THAT KIND OF APOLOGY IN YOUR LIFE?

? HOW DID THAT IMPACT YOUR CONNECTION WITH THAT PERSON?

~~~~~

Читать полностью…

Budak Tarbiah

Kalau ada tahu mana mana kawan kawan atau sepupu sepapat yang akan ke NZ atau OZ, boleh SHARE kan peluang ni kepada mereka :)

Читать полностью…

Budak Tarbiah

Takut lah nak berhijrah.
Nanti kena pakai tudung labuh,
Member semua pun makin menjauh.
Lepastu asyik kena tegur semuanya salah sungguh.

Babe,
Nak mula berhijrah ni mudah. Tapi ada yang jauh lebih susah iaitu nak ISTIQOMAH.
Kerana perkataan ini lah sampai beruban kepala Rasulullah.

Kalau kita berbalik kepada sirah,
Istiqomah ni merupakan antara key success Islam dapat berkembang dengan gah.
Kerana mereka benar-benar paksakan diri mujahadah mengejar cinta Allah.
Disamping meletakkan kebergantungan sepenuhnya lillah.

Jadi, All the best.
Merasa berat dan payah dalam berhijrah itu adalah fitrah.
Moga Dia izinkan utk kita masuk ke syurgaNya paling indah.

Video : https://vt.tiktok.com/ZSdeAGF2o/?k=1

p/s : SHARE banyak banyak especislly kat kengkawan yang tengah strive hard nak berhijrah. Just DM kalau ada apa apa musykillah :')

#budaktarbiah #istiqomah #dakwahsentap #dakwahislam #changequotes

Читать полностью…

Budak Tarbiah

Daripada Anas R.A. beliau meriwayatkan bahawa kami berkata “Wahai Rasulullah, adakah betul bahawa kami tidak patut menyeru kepada kebaikan sehingga kami beramal dengan semuanya, dan kami tidak patut mencegah kemungkaran sehingga kami meninggalkan semuanya?”

Jawab baginda “Bukan begitu. Serulah kepada kebaikan walaupun kamu belum melakukan semuanya, dan cegahlah kemungkaran walaupun belum menjauhi semuanya” (HR Tabrani)

Читать полностью…

Budak Tarbiah

JANGAN PESIMIS DENGAN MASA LALU ORANG LAIN!

"Eh, dia tu dulu kaki rokok kut. Boleh ke dia ni nak buat dakwah?"

"Umm.. Budak tu dah lah asyik couple clash couple clash. Mampu ke dia bertahan dalam hijrah ni? Nanti karang sibuk mata nak cari imam je"

'Sometimes, the people with the worst past, create the best future' (Saidina Umar Al Khattab RA)

Dakwah, tarbiah, hijrah.
Semua ni bukannya magic words.

Harini kata nak berubah, esok terus ada kekuatan nak sarung segala jubah dan purdah.

Eh, secara fizikalnya mungkin mudah.
Tapi secara amalnya, Allah je yang tahu seberapa kuat seseorang tu kena mujahadah.

Aku, Kau, Kita.

Melalui jalan cerita yang berbeza.
Latar belakang yang takkan pernah sama.

Jadilah yang saling menguatkan, bukan asyik nak menjatuhkan.

Nahnu duat, wa la qudhah!

Kita adalah da'i, bukannya penghukum.

وَإِنْ مَا نُرِيَنَّكَ بَعْضَ الَّذِي نَعِدُهُمْ أَوْ نَتَوَفَّيَنَّكَ فَإِنَّمَا عَلَيْكَ الْبَلَاغُ وَعَلَيْنَا الْحِسَابُ

Dan jika Kami perlihatkan kepadamu sebahagian (siksa) yang Kami ancamkan kepada mereka atau Kami wafatkan kamu (hal itu tidak penting bagimu) karena sesungguhnya tugasmu hanya menyampaikan saja, sedang Kami-lah yang menghisab amalan mereka. (Ar Ra'd, 13:40)

Usah tengok siapa dia di zaman jahiliahnya.
Bimbinglah agar dia kuat untuk tetap istiqomah dalah tarbiah dan dakwahnya.

:)

All the best to all my sisturs and brothers.

@budaktarbiah

Читать полностью…

Budak Tarbiah

Eh, tahu tak yang Allah sangat mencintai kita?

Apa buktinya?

Bila kita bermaksiat, Dia masih beri nikmat.
Bila kita lalai, Dia tak pernah biarkan rezeki kita terabai.

Bila kita taat?
MashaAllah, Dia pasti ganjarkan pahala berkali ganda lipat!

Tahu kan,
Allah uji kita kerana Dia nak kita semakin dekat denganNya?

Jadi, apa lagi alasan kita untuk berputus asa ?

#notatarbiah
#pilihcaramati

@budaktarbiah

Читать полностью…
Подписаться на канал