bicarathtl | Неотсортированное

Telegram-канал bicarathtl - UiTO Channel: Bicara THTL

921

Pandangan dan perkongsian THTL Web Rasmi uito.org Channel rasmi @UiTO2017 @BicaraThtl

Подписаться на канал

UiTO Channel: Bicara THTL

🔴
Apakah hukum seseorang yang bermimpi melakukan persetubuhan sehingga keluar air maninya (dalam mimpi sahaja keluar) tetapi tidak ada tanda-tanda basahan pada seluar setelah sedar dari mimpi tersebut dalam keadaan dia berpuasa. Adakah perlu mandi junub?



Tidak perlu mandi wajib (junub) sebab tidak keluar mani.

Dalil hadith Nabi ﷺ:

هَلْ عَلَى الْمَرْأَةِ غُسْلٌ إِذَا احْتَلَمَتْ قَالَ ‏ نَعَمْ إِذَا رَأَتِ الْمَاءَ
"Adakah seorang perempuan perlu mandi wajib apabila dia bermimpi? Maka Nabi ﷺ menjawab: Ya, sekiranya dia melihat air (mendapati keluarnya air mani)"
(HR Al-Bukhari (6091)


@bicarathtlfiqh
#ilmu
#amal
#prihatin

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

🔴

Adakah hukumnya haram atau syubhah jika seseorang suka bermain game judi online, kemudian hasil duit pertaruhan itu dibelikan makanan dan sebagainya?


Ini adalah asas halal dan haram.
Sama ada yang haram itu sedikit atau banyak pertaruhan tidak merubah hukum asalnya haram.

▶️Judi banyak atau banyak "betting" (pertaruhan) keduanya sama sahaja, tetap haram.

▶️Riba adalah interest (faedah) sedikit atau banyak keduanya haram.

🔴
Bagaimana pula jika duit itu diguna untuk baiki rumah, kereta dan membeli makanan haiwan dengan menggunakan duit tersebut?


لَيَأْتِيَنَّ عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ لاَ يُبَالِى الْمَرْءُ بِمَا أَخَذَ الْمَالَ ، أَمِنْ حَلاَلٍ أَمْ مِنْ حَرَامٍ

“Akan datang suatu zaman di mana manusia tidak lagi peduli dari mana mereka mendapatkan harta, apakah daripada usaha yang halal atau yang haram.”
(HR. Bukhari no. 2083, daripada Abu Hurairah رضى الله عنه).

Hadith Ka’ab رضى الله عنه:

يَا كَعْبُ بْنَ عُجْرَةَ إِنَّهُ لاَ يَرْبُو لَحْمٌ نَبَتَ مِنْ سُحْتٍ إِلاَّ كَانَتِ النَّارُ أَوْلَى بِهِ

“Wahai Ka’ab bin ‘Ujroh, sesungguhnya daging badan yang tumbuh daripada sesuatu yang haram akan berhak dibakar dalam api neraka.”
(HR. Tirmidzi, no. 614. Albani: Sahih ).

☝️Dua hadith itu sudah cukup keras amaran daripada Nabi ﷺ.

@bicarathtl
#fiqhsunnah
#ilmu
#amal
#prihatin.

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

🔴
Adakah boleh menerima hadiah jika seseorang menghadiahkan kita sejumlah wang tetapi wang itu syubhah ?


Boleh, dengan syarat:
1. Kita kena tahu dengan pasti kenapa ia syubhah.
2. Jika memang jelas syubhah, maka boleh guna tetapi ada risiko.

Dalil hadith Nabi ﷺ:

عَنْ اَلنُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ -رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهُمَا- قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اَللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – يَقُولُ- وَأَهْوَى اَلنُّعْمَانُ بِإِصْبَعَيْهِ إِلَى أُذُنَيْهِ: – إِنَّ اَلْحَلَالَ بَيِّنٌ, وَإِنَّ اَلْحَرَامَ بَيِّنٌ, وَبَيْنَهُمَا مُشْتَبِهَاتٌ, لَا يَعْلَمُهُنَّ كَثِيرٌ مِنْ اَلنَّاسِ, فَمَنِ اتَّقَى اَلشُّبُهَاتِ, فَقَدِ اِسْتَبْرَأَ لِدِينِهِ وَعِرْضِهِ.

Daripada An-Nu’man bin Basyir رضى الله عنه telah berkata, “Aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda dan Nu’man memasukkan jarinya ke dalam dua telinganya, ‘Sesungguhnya yang halal itu jelas, sebagaimana yang haram pun jelas. Di antara keduanya terdapat perkara syubhat yang masih samar dan yang tidak diketahui oleh kebanyakan orang. Barangsiapa yang menghindarkan diri daripada perkara syubhat, maka ia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya. Barangsiapa yang terjerumus ke dalam perkara syubhat, maka ia boleh terjatuh kepada perkara haram."
(Matan Arba'in. No 6)

3. Jika takut terjerumus dalam perkara yang haram, maka ambil duit itu dan dermalah kepada rumah anak yatim, Pusat Tahfiz.

Kaedah Usyul:
Duit haram atau syubhah ianya haram untuk individu tetapi halal untuk orang ramai. Asalnya duit itu suci, diperbuat daripada kertas dan dakwat sahaja.


@bicarathtl
#fiqhsunnah
#ilmu
#amal
#prihatin

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

🔴
Adakah dibolehkan jika seseorang yang mengerjakan umrah untuk dirinya itu melaksanakan dua badal haji untuk orang yang sudah meninggal dunia?

Contoh seseorang selesai mengerjakan ibadah umrah kemudian dia laksanakan badal haji untuk si A dan keesokan harinya melaksanakan lagi badal haji untuk si B.


Ada dua isu hukum yang anda jadikan dua dalam satu:

1. Hukum badal Umrah

Maksudnya, ada orang yang tidak sempat mengerjakan umrah (dan haji), sehinggalah dia meninggal dunia maka, apakah anaknya boleh melakukan badal umrah untuk ibubapanya yang sudah meninggal dunia.

Ia adalah isu khilaf, sebab penggunaan hukum Qias dalam ibadah. Asalnya badal Haji, maka diqiaskan juga dengan Umrah, maksudnya, jika haji pun boleh badal, maka umrah juga boleh.

Pendapat empat Mazhab:

1. Mazhab Imam Hanafi:
Jika si mati ada mewasiatkan untuk umrahnya daripada harta pusaka, maka barulah boleh badal umrah.

2. Mazhab Imam Maliki:
Hukumnya makruh (sebab tidak diamalkan oleh salaf)

3. As-Syafi'iy dan Hanbali, hukumnya boleh.


4. Isu melakukan tiga umrah dalam satu perjalanan KLIA ke Jeddah atau Madinah.

Ia adalah khilaf:
1. Makruh.
Pendapat Imam Maliki, Hanafi dan Syaikhul Islam Ibn Taimiyah, juga Ibn Qayim Al-Jauziah dan Lajnah Daimah KSA.

2. Harus.
Pendapat Jumhur: As- Syafi'iy dan Hanbali mengerjakan umrah setiap hari kerana tiada larangan daripada Nabi ﷺ benda baik apa salahnya

Menjawab soalan anda:
Jika anda mengikut As-Syafi'iyah.

1. Boleh badal umrah.

2. Boleh melakukan beberapa umrah dalam satu perjalanan.

Jika mengikut fiqh sunnah:
Tidak boleh badal umrah dan tidak boleh mengerjakan umrah banyak kali dalam satu trip ke Mekah.


@bicarathtl
#bicarasunahSnJ
#ilmu
#amal
#prihatin

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

🔴
Adakah benar kenyataan ini daripada Saidina Ali رضى الله عنه?

Saidina Ali Ibn Abi Thalib رضى الله عنه berkata : “Sebahagian golongan daripada umat Islam ini ketika kiamat telah dekat akan kembali menjadi orang-orang kafir (kufur dalam i’tiqad)”. Seseorang bertanya kepadanya: “Wahai Amirul Mukminin apakah sebab kekufuran mereka? Adakah kerana membuat ajaran baru atau kerana pengingkaran?” Saidina Ali Ibn Abi Thalib رضى الله عنه menjawab.“Mereka menjadi kafir (kufur dalam i’tiqad) kerana pengingkaran. Mereka mengingkari Pencipta mereka (Allah ﷻ) dan mensifati-Nya dengan sifat-sifat benda dan anggota-anggota badan.” (Imam Ibn Al-Mu’allim Al-Qurasyi(w. 725 H) dalam Kitab Najm Al-Muhtadi Wa Rajm Al-Mu’tadi).


Ini adalah rujukan untuk ulama' Ahli Sunah Wal Jamah (Aswaja). Allah‎ ﷻ wujud tanpa tempat.
Mereka hendak membuktikan Ali bin Abu Thalib رضى الله عنه adalah Asyairah.

@bicarathtl
#bicarasunnahSnJ
#ilmu
#amal
#prihatin

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

🔴
Bolehkah qadha' salat dilakukan secara berjama'ah?


Boleh, asalkan jangan dijadikan rutin.

@bicarathtl
#bicarafiqhsunnah.
#ilmu
#amal
#prihatin

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

🔴
Sekiranya kita mengatakan yang kita tidak menyukai makanan dari gerai A, bukan kerana tidak sedap atau apapun, cuma tidak kena dengan selera kita, adakah ini dikira sebagai ghibah?


Ini adalah hak pengguna dan pengguna ada hak untuk memilih, manakala gerai hendaklah bersaing dengan sihat sesama gerai untuk menarik pelanggan dan mengekalkan pelanggan di gerainya (customer loyalty).


@bicarathtl.
#bicarasunnahSnJ
#ilmu
#amal
#prihatin

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

🔴


Adakah kematian seseorang disebabkan santau, sihir dan dukun ini wujud, sedangkan Allah ‎ﷻ yang mengambil nyawa kita?



Sihir, dukun, santau ini perlu dilihat kepada tujuan objektifnya.

Dalil firman Allah ﷻ:

وَٱتَّبَعُوا۟ مَا تَتْلُوا۟ ٱلشَّيَٰطِينُ عَلَىٰ مُلْكِ سُلَيْمَٰنَ ۖ وَمَا كَفَرَ سُلَيْمَٰنُ وَلَٰكِنَّ ٱلشَّيَٰطِينَ كَفَرُوا۟ يُعَلِّمُونَ ٱلنَّاسَ ٱلسِّحْرَ وَمَآ أُنزِلَ عَلَى ٱلْمَلَكَيْنِ بِبَابِلَ هَٰرُوتَ وَمَٰرُوتَ ۚ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنْ أَحَدٍ حَتَّىٰ يَقُولَآ إِنَّمَا نَحْنُ فِتْنَةٌ فَلَا تَكْفُرْ ۖ فَيَتَعَلَّمُونَ مِنْهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِۦ بَيْنَ ٱلْمَرْءِ وَزَوْجِهِۦ ۚ وَمَا هُم بِضَآرِّينَ بِهِۦ مِنْ أَحَدٍ إِلَّا بِإِذْنِ ٱللَّهِ ۚ وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمْ وَلَا يَنفَعُهُمْ ۚ وَلَقَدْ عَلِمُوا۟ لَمَنِ ٱشْتَرَىٰهُ مَا لَهُۥ فِى ٱلْءَاخِرَةِ مِنْ خَلَٰقٍ ۚ وَلَبِئْسَ مَا شَرَوْا۟ بِهِۦٓ أَنفُسَهُمْ ۚ لَوْ كَانُوا۟ يَعْلَمُونَ ﴿١٠٢﴾

"Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Nabi Sulaiman. Nabi Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yang kafir, mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat di negeri Babilonia iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan, "Sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu), sebab itu janganlah kafir." Maka mereka mempelajari daripada keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) dengan isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dengan sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barangsiapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dengan sihir, sekiranya mereka tahu.
(Al-Baqarah ayat 102)

Dalam pada itu ada juga seseorang yang mempelajari daripada mereka berdua: Ilmu sihir ini boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang boleh jadi mudarat dengan izin Allah ﷻ.

Salah satu tujuan sihir ialah memisahkan pasangan. Jika seseorang berhajat kepada perempuan tersebut, maka dia mencari dukun pasangan tersebut bercerai, dan dapat memperisterikan perempuan itu. Oleh yang demikian Allah ‎ﷻ memberitahu di dalam ayat ini, dengan izin Dia juga.

Sekiranya seseorang berjumpa dukun mahukan si fulan itu mati, dengan santau, maka ia berlaku juga dengan izin Allah ‎ﷻ.

@bicarasunnahC
#ilmu.
#beramal.
#prihatin

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

ISU SEPUTAR BAB NAZAR

🔴 Benarkah tidak boleh bernazar dengan amal ibadat? Contohnya bernazar kalau anak cemerlang SPM maka dia akan berpuasa setiap hari Khamis selama sebulan. Bernazar seperti itu seolah-olah seseorang itu ingin beribadah hanya setelah dia mendapat apa yang dia hajati.

✅ Jawapan:

Pertama: Anda harus memahami dengan jelas terlebih dahulu hukum nazar secara umum merentasi semua mazhab.

Kedua: Nazar adalah ibadah sebelum kemunculan Islam lagi, ia diamalkan oleh semua agama, termasuk agama Hindu (nazar membawa kavadi)

Ketiga: Apabila Islam datang, maka nazar dibahagi kepada dua:

1⃣ Nazar Mu'allaq

Nazar untuk meraih manfaat daripada Tuhan dengan menawarkan ibadah rasuah; iaitu merasuah Tuhan. Jika Tuhan beri apa yang dipinta, maka barulah hamba itu melakukan ketaatan.

Contoh: "Jika aku dapat 10A dalam SPM, maka wajiblah aku bernazar puasa 5 hari."

Di sini maksudnya dia merasuah Tuhan; di mana dia hanya akan berpuasa, hanya jika Tuhan menunaikan hajatnya.

🔏 Kaedah memahami hukum dalam fiqh:

Larangan daripada Nabi ﷺ hukumnya adalah makruh.
Manakala larangan daripada Allah ‎ﷻ hukumnya adalah haram.

Ini merupakan kaedah emas yang mesti kita pegang.

✳️ Dalil Jumhur yang mengatakan nazar terlarang adalah makruh:

نَهَى النَّبِىُّ – صلى الله عليه وسلم – عَنِ النَّذْرِ قَالَ « إِنَّهُ لاَ يَرُدُّ شَيْئًا ، وَإِنَّمَا يُسْتَخْرَجُ بِهِ مِنَ الْبَخِيلِ »

Nabi ﷺ melarang untuk bernazar, baginda bersabda: ‘Nazar sama sekali tidak mampu menolak sesuatu. Nazar hanyalah dikeluarkan daripada orang yang bakhil’.” (HR. Bukhari No. 6693 dan Muslim No. 1639 dari sanad Ibn Umar رضي الله عنه)

2⃣ Nazar Mutlaq (Nazar tanpa syarat)

Nazar tanpa mengenakan syarat kepada Tuhan.

Untuk sebahagian mazhab Maliki dan Syafi'iy, hukum nazar adalah sunnah.
Maksud sunnah ialah nazar mutlaq, iaitu tanpa mengenakan sebarang syarat kepada Tuhan.

Contoh: "Aku ikhlas bernazar bulan Rejab untuk berpuasa 10 hari".

Ia adalah sunnah kerana tidak diikat dengan apa-apa syarat. Dalilnya adalah:

وَمَا أَنْفَقْتُمْ مِنْ نَفَقَةٍ أَوْ نَذَرْتُمْ مِنْ نَذْرٍ فَإِنَّ اللَّهَ يَعْلَمُهُ

Apa saja yang kamu nafkahkan atau apa saja yang kamu nazarkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.” [ Al-Baqarah: 270 ]

#Ilmu
#Amal
#Prihatin
#SnJBicaraSunnahC
@bicarathtl

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

ISU TASYABBUH

🔴 Adakah perbuatan menggantung "passcard" pejabat di leher dianggap sebagai tasyabbuh?

🟢 JAWAPAN:

1⃣ Pertama: kena fahami istilah fiqh sunnah: "tasyabbuh" dengan jelas:

✳️ Definisi tasyabbuh menurut fiqh sunnah adalah meniru gaya orang kafir yang khusus buat mereka. Jika perbuatan tersebut telah menjadi global dan hilang sifat khusus itu, maka tiada lagi tasyabbuh.

Oleh itu, terdapat dua kefahaman mengenai tasyabbuh:

🅰 Secara literal
Apabila disebut tasyabbuh, maka apa sahaja yang diamalkan oleh orang bukan Islam, maka ia adalah tasyabbuh.

🅱 Secara maqosyid
Mengamalkan apa yang khusus untuk sesuatu kaum orang kafir.

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

🔴
Adakah menjadi bid'ah melakukan salat sunat rawatib di masjid?


Salat sunat dilakukan di masjid apakah termasuk bid'ah.

Pertama Takrifan:
Bid'ah adalah jalan yang direka dalam agama atau kaifiyat agama direka yang tidak ada contoh sebelumnya dan ia bertujuan lebih mendekatkan diri kepada Allah‎ ﷻ atau beranggapan Nabi ﷺ cuai dalam menyampaikan risalahnya.

Salat sunat di masjid ini bukanlah benda baru atau rekaan contohnya salat eid adha dan eid lfitri dilakukan di masjid, salat gerhana dan salat minta hujan di masjid, salat tahiyatul masjid, salat-salat sunat ketika i'tikaf, ketika hari Jumaat (orang datang awal ke masjid hari Jumaat dan banyak bersalat sunat mutlak). Maka ia bukan Bid'ah pada asalnya.
Ini perlu jelas, bid'ah adalah rekaan baru yang tidak ada asalnya, sedangkan salat sunat di masjid ada asalnya.

Maka salat sunat rawatib di masjid berlawanan di rumah, bukan isu bid'ah, tetapi isu keutamaan, fadilatnya mana lebih utama atau mana lebih banyak pahala. Adakah ia sama dengan salat berjamaah di rumah berlawan salat berjamaah di masjid, ia adalah isu keutamaan, di masjid adalah 27 kali ganda.

Kedua: Isu keutamaan bukan bid'ah atau makruh.
Maka sa
lat sunat di masjid adalah isu keutamaan sahaja, dan tidak makruh pun salat sunat rawatib di masjid.

Di antara ilat atau tujuan salat di rumah menurut Imam Al-Mubarakfuri, syarah sunan At-Termidzi:

1. Menjaga riak
2. Memakmurkan rumah setaraf masjid sebagai taman ibadah , rumah yang baik dalam Islam ialah rumah yang banyak didirikan salat sunat dan aktiviti agama, seperti tilawah, tadabbur Al-Quran dan siri kuliah ilmu.


@bicarasunnahthtl
#ilmu.
#amal
#prihatin

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

AMALAN BERSELAWAT KETIKA LUPA

🔴 Pertanyaan mengenai amalan ketika lupa.

Terdapat hadith yang mengatakan berselawatlah kepada Nabi ﷺ ketika kita terlupa walaupun berstatus dhaif tetapi ia diamalkan oleh ramai orang:

Diriwayatkan oleh Anas bin Malik رضي الله عنه, bahawa Nabi ﷺ bersabda:

إِذَا نَسِيْتُمْ شَيْئًا فَصَلُّوْا عَلَيَّ تَذْكُرُوْهُ إِنْ شَاءَ اللهُ تَعَالَى

“Apabila kamu lupa akan sesuatu, maka berselawatlah ke atasku nescaya kamu akan ingatkan akan ia insya-Allah.”

Manakala ada ayat Al-Qur'an mengatakan:

"Without adding, “if Allah so wills!” But if you forget, then remember your Lord, and say, “I trust my Lord will guide me to what is more right than this.”" [Al-Kahf: 24]

Ayat tersebut mengatakan ingatkanlah kepada Allah ‎ﷻ apabila kita terlupa.

Apa yang saya faham, hadith yang berstatus dhaif hanya boleh diamalkan dengan beberapa syarat dan kalau ia berkaitan dengan amalan, hadith dhaif tersebut perlulah diperkuatkan dengan hadith sahih yang lain, barulah ia diterima.

Persoalannya:

1⃣ Adakah hadith sahih yang menyebutkan tentang berselawat kepada Nabi ﷺ ketika kita terlupa?

2⃣ Jika hadith itu diterima, adakah ia bercanggah dengan ayat [Al Kahfi: 24] di atas?




1⃣ Hadith tersebut adalah amat dhaif. Ia dikeluarkan oleh Imam Ibn Qayyim dalam kitabnya, Jalaaul Afhaam (ذكره الحافظ ابن القيم في كتابه "جلاء الأفهام),

Saya rasa ini yang mengelirukan anda, sebab ia dijadikan dalil oleh Imam Ibn Qayyim رحمه الله. Bila Imam Ibn Qayyim menjadikannya dalil, maka sudah tentu golongan tareqat, habeeb, aswaja, asyairah akan menjadikan amalan berselawat sebagai dalil juga untuk mengingatkan kembali apabila terlupa.

✍ Ulasan:

Cara s
ebegini tidak benar. Apabila Imam Ibn Qayyim menjadikannya dalil, bukan bermaksud ia adalah hujah, sebab beliau adalah manusia dan bukannya maksum. Kita kena buat kajian terhadap hadith tersebut dan ternyata ia amat dhaif dan tidak boleh dijadikan dalil.

Ini adalah sanadnya dalam kitab Imam Ibn Qayyim رحمه الله:

ذكره أبو موسى المديني ، وروى فيه من طريق محمد بن عتّاب المروزي ، ثنا سعدان بن عبدة أبو سعيد المروزي ، ثنا عبد الله بن عبد الله العتكي ، أنبأنا أنس بن مالك رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (إذا نسيتم شيئا فصلوا عليّ تذكروه إن شاء الله)

Sanad > Abu Musa Al Madini > Muhammad bin Uttab Al Arwazi> Abdullah bin Abdullah Al Atki > Anas bin Maalik

⚠️ Penyakit dalam sanad:

وهذا س
ند ضعيف ، فيه علتان :
1- عبيد الله بن عبد الله العتكي : جاء في ترجمته في "تهذيب التهذيب" (7/27) : " قال البخاري : عنده مناكير . وقال أبو جعفر العقيلي : لا يتابع على حديثه . وقال البيهقي : لا يحتج به " انتهى باختصار . وانظر بعض مناكيره في "الكامل" لابن عدي (4/332) .
2- سعدان بن عبدة القداحي : قال ابن عدي في "الكامل" (4/332) : " غير معروف " انتهى. ولذلك ضعف الحديث الحافظ السخاوي في "القول البديع" (ص/326)

Perawi 1: Abdullah Al Atki, dilemahkan oleh Imam Al Bukhari (perawi mungkar), Al Uqaili dan Al Baihaqi, Ibn Adi dalam Al Kaamil

Perawi 2: Sa'dan bin Abdah Al Qedahi komen Ibn Adi, tidak dikenali.

⚠️ Penyakit dalam matan:

Ia berlawanan
dengan Al-Qur'an. Al-Qur'an mengarahkan orang yang lupa ingat kepada Allah ‎ﷻ, hadith dhaif pula menyuruh berselawat.

👁‍🗨 Apakah alasan Imam Ibn Qayyim رحمه الله?

Imam Ibn Qayyim رحمه الله berkata, jika lupa ingatlah Allah ‎ﷻ dengan berzikir, diperkuat dengan berselawat, berselawat dan berzikir adalah satu pakej, Imam Ibn Qayyim menggunakan hadith Anas untuk menguatkan hujahnya; iaitu zikir disertai dengan selawat, maka akan mengingatkan benda yang anda lupa.
(Rujukan: Jalaul Afham tahqiq Syeikh Masyhur Alu Salman)

✴️ Kesimpulan:

Ini adalah di antara kesilapan Imam Ibn Qayyim رحمه الله dalam berdalil namun ia tidaklah mengurangkan kehebatan beliau.

#bicarathtl.
@bicarasunnah.
#ilmu
#amal.
#prihatin

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

🔴
Adakah mencium jenazah yang sudah dikapankan suatu tuntutan?



Dalil hadith Nabi ﷺ:

عَنِ الزُّهْرِيِّ، قَالَ أَخْبَرَنِي أَبُو سَلَمَةَ، أَنَّ عَائِشَةَ ـ رضى الله عنها ـ زَوْجَ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم أَخْبَرَتْهُ قَالَتْ أَقْبَلَ أَبُو بَكْرٍ ـ رضى الله عنه ـ عَلَى فَرَسِهِ مِنْ مَسْكَنِهِ بِالسُّنْحِ حَتَّى نَزَلَ، فَدَخَلَ الْمَسْجِدَ، فَلَمْ يُكَلِّمِ النَّاسَ، حَتَّى نَزَلَ فَدَخَلَ عَلَى عَائِشَةَ ـ رضى الله عنها ـ فَتَيَمَّمَ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم وَهُوَ مُسَجًّى بِبُرْدِ حِبَرَةٍ، فَكَشَفَ عَنْ وَجْهِهِ، ثُمَّ أَكَبَّ عَلَيْهِ فَقَبَّلَهُ ثُمَّ بَكَى.

Daripada Aisyah رضى الله عنها berkata bahawa Abu Bakar رضى الله عنه tiba dari tempatnya dengan menunggang haiwan, dan masuk ke dalam masjid tanpa bercakap dengan sesiapa pun. Lalu dia menemui ‘Aisyah رضى الله عنها dan pergi kepada jenazah Rasulullah ﷺ yang ditutupi dengan kain, kemudian beliau membuka wajahnya, beliau melutut lalu mencium baginda kemudian menangis.
(Sahih Al-Bukhari, Kitab Al-Janaiz, hadis no: 1242)

Sekiranya jenazah itu belum dikapankan, maka boleh dibuat seperti Abu Bakar رضى الله عنه, jika sudah dikapan dengan sempurna dan diikat, maka boleh menciumnya di atas kain kapan sahaja.

🔴
Adakah boleh menciumnya di mana-mana tempat?


Ya, dibolehkan.

#bicarasunnah.
#Ilmu.
#amal.
#prihatin.

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

TURUTAN MEMOTONG KUKU JARI TANGAN


🔴
Adakah ini anjuran daripada Rasullullah ﷺ memotong kuku mengikut urutan seperti foto di atas?


Tidak sahih. Ia hanya pendapat Imam Al- Ghazali dalam Ihya' Uluumiddin maka ia Khurafat.

#bicarathtl
#Ilmu.
#amal.
#prihatin.

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

🔴
Adakah rosak iman seseorang apabila mengalami senario begini?

"Eh, engkau lebih baik membuat hibah kepada isteri engkau sekiranya engkau meninggal dunia di kemudian hari isteri engkau tidak dapat harta faraid".


Iman tidak rosak, cuma ia kerosakan kecil di dalam Fiqh Harta dan Pengurusannya kerana beramal dengan hawa nafsu bukannya dengan ilmu.

Pengurusan harta selepas mati ada empat bahagian.

1. Fiqh hibah.
Menyerahkan harta kepada ahli waris atau bukan semasa pemilik harta masih hidup hanya dipastikan pembahagian itu adil dan tidak menzalimi mana-mana pihak yang sepatutnya dapat.

2. Fiqh harta sepencarian.
Akta keluarga Islam Malaysia, ada "clause" harta sepencarian, harta yang bertambah selepas perkahwinan dan suami dan isteri ada perkongsian di dalam harta tersebut, contohnya mengikuti pinjaman rumah dan tanah.

3. Fiqh wasiat.
Pemilik harta boleh mewasiatkan kepada bukan ahli waris tidak melebihi 1/3 jumlah harta.

4. Isteri seharusnya ada bahagian dalam harta pusaka cuma pecahannya adalah kecil.

#fiqhsunnah.
#ilmu
#amal
#prihatin

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

🔴
Anak saya merupakan anak yatim dan mewarisi duit faraid, bahagiannya saya simpan di dalam bank anak sendiri setiap tahun akan mendapat dividen.
Adakah boleh duit dividen itu saya ambil dan membeli emas untuk simpanannya sebagai aset akan datang?


Boleh.

Dalil hadith Nabi ﷺ:

عن جابر بن عبد الله أن رجلا قال يا رسول الله إن لي مالا وولدا. وإن أبي يريد أن يجتاح مالي. فقال: ( أنت ومالك لأبيك )

Daripada Jabir bin Abdillah, ada seorang berkata kepada Rasulullah, “Ya Rasulullah, sesungguhnya aku memiliki harta dan anak namun ayahku ingin mengambil habis hartaku.” Rasulullah bersabda, “Engkau dan semua hartamu adalah milik ayahmu.”
(HR. Ibnu Majah, no. 2291, dinilai sahih oleh Al-Albani)

@bicarasunnahthtl
#ilmu
#amal
#prihatin

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

🔴

Adakah berdosa jika seorang isteri menolak ajakan seorang suami untuk bersalat berjemaah kerana merasakan salat bersendirian lebih khusyuk?


Tidak berdosa sebab seorang suami salatnya adalah di masjid dan wanita salatnya sendirian.

Dalil hadith Nabi ﷺ:

خَيْرُ مَسَاجِدِ النِّسَاءِ قَعْرُ بُيُوتِهِنَّ

“Sebaik-baik masjid bagi para wanita adalah di bahagian dalam rumah mereka.”
(HR. Ahmad, 6: 297. Syaikh Syu’aib Al-Arnauth mengatakan bahawa hadith ini hasan dengan berbagai penguatnya).
Lagi tersembunyi bilik salatnya lagi bagus.

@bicarathtl
#fiqhsunnah
#Ilmu
#amal
#prihatin

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

HUKUM MEMILIKI DAN MENYIMPAN PATUNG REPLIKA DALAM RUMAH

🔴
Adakah boleh seseorang itu memiliki dan menyimpan replika seseorang watak sebagai contoh kartun Jepun kerana minat?


Ia di bawah hukum halal dan haram menyimpan arca atau ukiran dalam Islam.

Isu pertama: Kenapa Islam melarang pepatung, replika watak.

Tujuan Islam melarangnya adalah kerana mengikut Al-Qardhawi, umat Islam salaf baru sahaja keluar daripada agama pagan atau agama menyembah berhala di mana orang arab Quraisy menyimpan banyak berhala di dalam rumah dan banyak berhala di dalam masjidil haram. Maka Nabi ﷺ mengharamkan apa juga bentuk ukiran dan pepatungan kerana dikhuatiri umat akan kembali menyembah berhala itu adalah tujuan asal atau maqosyid.

Kemudian isu kedua ialah isu fanni atau seni pahat, seni ukir yang popular di Barat, khususnya di Perancis, Itali, India ialah seni membuat ukiran khususnya patung manusia dan haiwan. Sejak larangan Nabi ﷺ, kesenian ukiran dalam Islam tidak ada unsur replika manusia dan haiwan, semuanya tema tumbuhan berdasarkan hadith:

لاَ تَدَعْ تِمْثَالاً إِلاَّ طَمَسْتَهُ

“Janganlah engkau tinggalkan patung kecuali engkau telah membuatnya menjadi tidak berbentuk.”
(HR Muslim (969)

Kemudian ada pengecualian atau dalam istilah fiqh: Istisna'iyah (pengecualian):
Apa yang dinamakan sebagai patung atau mainan atau tujuannya adalah permainan kanak kanak, daripada Aisyah ر ضى الله عنها.

كُنْتُ أَلْعَبُ بِالْبَنَاتِ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَكَانَ لِي صَوَاحِبُ يَلْعَبْنَ مَعِي فَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ يَتَقَمَّعْنَ مِنْهُ فَيُسَرِّبُهُنَّ إِلَيَّ فَيَلْعَبْنَ مَعِي

“Aku pernah bermain patung permainan ketika tinggal bersama Nabi ﷺ, sedangkan aku memiliki beberapa sahabat yang biasa bermain bersamaku. Maka, ketika Rasulullah ﷺ masuk dalam rumah, sahabat-sahabat aku itu pun bersembunyi daripada Baginda. Lalu Baginda menyerahkan mainan padaku satu demi satu lantas mereka pun bermain bersamaku.”
(HR al-Bukhari (6130)

Mengenai kisah Aisyah رضى الله عنها yang memiliki anak patung (kerana beliau masih remaja ketika berkahwin dengan Nabi ﷺ), maka beliau ada memiliki anak patung mainan, maka Nabi ﷺ tidak mencegah, jika untuk permainan.

Maka kembali kepada maqosyid, tujuan seseorang menyimpan replika atau patungan, sama ada untuk dimuliakan atau untuk bermain.
Sekiranya untuk dimuliakan, disanjung, maka ia tidak boleh, kalau untuk mainan, maka ia dibolehkan.

Sekarang isu apakah orang dewasa dibolehkan bermain dengan patung, seperti Gundam, Power Rangers, Ultraman, Transformers.
Ini adalah hukum baru dan benda ini tidak wujud di zaman silam, orang dewasa tidak ada hobi begini sebab ia produk zaman moden. Maka ia dikembalikan kepada:

1. Hukum asal, ia tidak wujud di zaman silam, maka dikembalikan kepada harus, maka kaedah, asal dalam muamalat dan adat adalah harus.
2. Dikembalikan kepada maqosyid dan tujuan seseorang menyimpan, samada untuk pemujaan, penghormatan atau hobi.
3. Apakah ada unsur pembaziran kewangan dan mengabaikan nafkah jika menanggung keluarga.
4. Ada unsur pembaziran masa.

Rujukan:
Jika anda ingin fatwa yang lengkap: fatwa Muasirat, halal & haram, Fiqh Lahwun oleh Al-Qardhawi.

@bicarathtl.
#bicarasunnahSnJ
#ilmu
#amal
#prihatin.

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

🔴
Adakah puasa enam Syawal bid'ah di sisi Imam Malik dan Imam Abu Hanifah?

✅ Dalil hadith puasa enam Syawal :

عَنْ أبِي أَيُّوْبَ اْلأَنْصَارِيِّ – رضي الله عنه – أَنَّ رَسُوْلُ اللهِ – صلى الله عليه و سلّم- قَالَ: مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَ أَْتبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَهْرِ.

Daripada Abu Ayub Al-Anshari رضى الله عنه bahwasanya Rasulullah ﷺ bersabda, “Barangsiapa berpuasa Ramadhan kemudian berpuasa enam hari bulan Syawal, maka dia seperti berpuasa satu tahun penuh.” (HR Muslim dalam Sahihnya 1164, Ahmad dalam Musnadnya, 419, Tirmizi, 759, Abu Daud, 2433, Nasai dalam Sunan Al-Kubro 2862-2864, Ibnu Majah 1716) komen Imam Abu Isa hadith hasan sahih (حَدِيثُ أَبِي أَيُّوبَ حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ).

Namun hadith ini menjadi kontroversi walaupun berada dalam sahih Muslim, ia didhaifkan oleh Imam Malik, Imam Abu Hanifah, Imam Ahmad, Imam An-Nasa'iy, Ibn Ma'in.

Hukum puasa Enam syawal:

1. Makruh, bid'ah di sisi Mazhab Maliki, Mazhab Hanafi. 2. Sunnah di sisi Mazhab Syafi'i, Hanbali, Ibn Taimiah, Zahiri dan Ibn Qayyim, Al-Bani, lajnah daimah arab saudi.
Makruh di sisi imam malik dan mazhab hanafi kerana ditakuti orang awam tersalah faham, bahawa puasa Ramadhan masih cacat dan mesti disambung enam hari lagi di bulan Syawal.

Isu kedua, amalan menyambung puasa pada 2 Syawal secara mutaba'ah atau terus menerus sehingga enam hari ia adalah bid'ah di sisi mazhab tersebut. Manakala di sisi Mazhab Syafi'i, ia tidak makruh, bahkan boleh mulai puasa enam pada 2 Syawal, hingga sampai tamat pada 7 Syawal. Yang jelas bid'ah ialah merayakan Eid kedua kerana selesai puasa enam. Ini adalah bid'ah kerana perayaan Eid hanya sekali sahaja iaitu 1 Syawal.

Bagaimanakah cara kita untuk tajammu' (mendamaikan) dua pendapat yang saling bertentangan? Makruh di sisi dua mazhab, manakala sunat di sisi dua mazhab yang lain?

Caranya adalah berpuasa pada Isnin Khamis bulan Syawal ditambah puasa hari putih (ايام البيض) 13,14,15 Syawal. Maka anda memenuhi puasa enam Syawal tanpa memberi nama puasa enam. Itu adalah cara untuk menghilangkan kemakruhanya di sisi Imam Malik dan Mazhab Imam Abu Hanifah.

@bicarathtl
#bicarasunnahSnj

#ilmu
#amal
#prihatin

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

🔴
Adakah sahih kisah para sahabat bertemu Raja Herucules dan melihat koleksi gambar-gambar 14 Nabi dan Rasul?


Dhaif.
Fatwa Syaikh Muqbil رحمه الله salafi Yamani.

ما مدى صحة الحديث الوارد في ( تفسير ابن كثير ) في سورة الأعراف عند قوله تعالى : " الَّذِينَ يَتَّبِعُونَ الرَّسُولَ النَّبِيَّ الْأُمِّيَّ الَّذِي يَجِدُونَهُ مَكْتُوبًا عِندَهُمْ فِي التَّوْرَاةِ وَالْإِنجِيلِ " [ الأعراف : 157 ] الآية هذا الحديث الطويل الذي عزاه إلى الحاكم في مستدركة عن قصة هشام بن العاص الأموي عند هرقل الروم وفي آخر القصة ذكر أن هرقل أراهم صوراً للأنبياء واحداً واحداً فنود التوضيح ؟
Ia dinukil oleh Imam Ibn Katsir dalam tafsirnya pada surah Al-A'raf ayat 157 di mana Ibn Katsir memaparkan sebuah hadith panjang (berasal daripada Al-Haakim, Al-Mustadrak Al- Hakim) akan kisah Hisham bin Al-Asy Al-Umawi yang mengadap Heraqil (Heraclius, maharaja Rome Timur di Constantinople (Istanbul) di mana Heraclius menunjukkan koleksi baginda akan poster-poster para Nabi.

Berkata Syaikh Muqbil:
لحديث لا يثبت ، وقد حققه أخوان وقد قاما بتحقيق جزء من < تفسير ابن كثير > فهو لا يثبت ، والغالب على ما يتفرد به الحاكم رحمه الله الضعف ، والحافظ ابن كثير كما ذكره في < تفسيره > فقد ذكره في < البداية والنهاية > أيضاً ، لكنه لا يثبت
Hadith atau athar ini tidak tsabit , sudah ditahqiq dalam tafsir Ibn Kathir, Al-Haakim menyendiri dalam meriwayatkan kisah ini, juga ada dalam Al-Bidayah Wal Nihayah Ibn Kathir, juga tidak thabit sahih.


@bicarathtl
#bicarasunnahSnJ
#ilmu
#amal
#prihatin

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

🔴
Seorang penjual pisang goreng tepi jalan merasuah pegawai majlis perbandaran supaya perniagaannya dapat diteruskan.
Apakah hukum pembeli yang membeli jualan si pelaku?


Pembeli tidak memikul dosa penjual.

@bicarathtl
#bicarasunnahSnJ
#ilmu
#amal
#prihatin

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

🔴
Jika ada sesuatu yang tidak baik berlaku pada kita dan kita menganggapnya sebagai musibah di atas perbuatan dosa kita, maka adakah kita dianggap telah bersangka buruk kepada Allah ﷻ?


Tidak, Ditimpa bala atau musibah tidaklah dianggap sebagai buruk sangka dengan Allah ﷻ. Ini kerana orang mukmin apabila terkena musibah, dia harus melihatnya dari segi dua aspek:

1⃣ Sebagai ujian atau cubaan.
2⃣ Sebagai kafarah dosanya

Objektif musibah yang melanda adalah:

أَفَأَمِنَ أَهْلُ الْقُرَى أَنْ يَأْتِيَهُمْ بَأْسُنَا بَيَاتًا وَهُمْ نَائِمُونَ • أَوَأَمِنَ أَهْلُ الْقُرَى أَنْ يَأْتِيَهُمْ بَأْسُنَا ضُحًى وَهُمْ يَلْعَبُونَ

“Maka apakah penduduk negeri itu merasa aman ketika ditimpa ke atas mereka seksaan kami, sedangkan mereka sedang tidur. Atau apakah penduduk negeri itu merasa aman ketika ditimpa ke atas mereka seksaan pada waktu pagi, sedangkan mereka sedang lalai bermain”
[Al-A’raf 97-98]

وَلَكِنْ كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

“Tetapi mereka mendustakan ajaran Allah, maka kami timpakan ke atas mereka seksaan, sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka lakukan”
([Al-A’raf 96]


ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ

“Munculnya kerosakan di daratan dan di lautan, kesan daripada apa yang telah dilakukan oleh tangan-tangan manusia”
[Al-Rum 41]

وَاتَّقُوا فِتْنَةً لَّا تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنكُمْ خَاصَّةً ۖ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَاب
“Dan takutlah terhadap ujian yang tidak menimpa ke atas golongan yang zalim di kalangan kamu secara spesifik. Dan ketahuilah, Allah Maha Dahsyat balasanNya”
[Al-Anfal 25]

⏩Renungi firman-firman Allah ﷻ di atas, maka kita akan faham musibah ada manfaatnya kepada orang Muslim, dan bukanlah bermakna bersangka buruk kepada Allah ﷻ.

@bicarasunnah
#bicarathtlSnJC
#ilmu.
#amal.
#prihatin

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

Berdasarkan foto di atas benarkah golongan ini layak menerima zakat ?


Ya, layak berdasarkan perluasan istilah Ar-Riqab: Pembebasan daripada semua jenis belenggu perhambaan.

Ini merupakan ijtihad Syeikh Al-Qardhawi dalam Fiqhu-Zakat dan Syeikh Mustafa Al-Zarqa'.

Manakala ijtihad daripada Mesir pula adalah Syaikh Mahmood Syaltut dan Syed Rashid Ridhaa.

@SnJbicarasunnahC
#bicarathtl
#Ilmu
#beramal.
#prihatin

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

2⃣ Kedua: isu zaman

Islam dan bukan Islam sejak zaman Nabi ﷺ sehingga Ottoman adalah zaman "hostility" iaitu zaman peperangan atau "survival of the fittest"; di mana yang kuat akan menghina yang lemah, zaman penaklukan dan perhambaan.

Pada era moden pula iaitu di zaman "post World War II", (pasca Perang Dunia Ke II) dan sejak tertubuhnya PBB, maka sudah ada perdamaian global, tiada lagi kuasa penjajah kecuali sebahagian kecil wilayah seperti Kashmir, Palestine, Syria, Iraq, Kurdistan, Uighur, Mindanao dan selatan Thai. Selain itu telah tertubuhnya banyak blok ekonomi, seperti Negara-negara Berkecuali, APEX, G20, ASEAN dan sebagainya.

Malaysia dan ASEAN mempunyai hubungan kuat dengan EC (European Community). Maka, sejak merdeka, Malaysia tiada lagi ancaman penjajahan. Disebabkan itu apabila adanya hubungan baik melalui blok-blok ekonomi, maka akan berlakunya "Free Trade" atau Perdagangan Bebas. Oleh hal yang demikian di sinilah akan menyebabkan berlakunya pertukaran budaya dari segi makanan, pakaian, gaya hidup kerana adanya suasana keamanan.

Ini berbeza senarionya ketika di zaman "hostility" dan peperangan pada 1-1200 hijrah, di mana sudah tentu kebencian antara negara amat tinggi. Misalnya pada zaman Nabi ﷺ, Islam diancam oleh Rom Timur di Constantinapole dan Persian yang berpusat di Tehran. Maka sudah tentu Nabi ﷺ telah melarang keras umatnya ketika memakai dan meniru gaya hidup orang Romawi dan Farsi. Mana mungkin seorang nabi membenarkan rakyatnya mengikut gaya hidup Romawi dan Persian yang memusuhi Islam ketika itu.

Namun begitu, untuk zaman sekarang, di era "global village effect", cara hidup manusia baik Islam dan kafir sama sahaja di mana mereka bertali leher ke tempat kerja, memakai jeans Levi's, memakai kasut Nike, Adidas, memakai business suit dan sebagainya.

Walau bagaimanapun untuk mereka yang berfikiran literal, ia tidak dapat diterima, kerana bagi mereka orang kafir sama sahaja. Maka mereka memilih berjubah Arab dan berserban di atas alasan mahu mentaati Rasulullah ﷺ.

Maka, bagi menjawab soalan anda adakah tasyabbuh jika memakai "passcard" di leher itu? Jawapannya pemakaian "passcard" adalah budaya global dengan tujuan "security" (keselamatan) untuk memasuki premis pejabat. Ia bukanlah bertujuan tasyabbuh (menyerupai mana-mana orang kafir).

Oleh sebab itu, sebelum kita beramal dengan fiqh tasyabbuh, kenalah fahami dulu istilah tersebut dan bagaimana konsep tasyabbuh telah berubah sesuai dengan perubahan politik dunia, daripada era penjajahan dan permusuhan kepada dunia yang lebih aman dan ujudnya blok-blok ekonomi di mana dunia Islam dapat berdagang dengan bebas. Apabila wujudnya perdagangan dan kemajuan IT dan media, maka "sharing" atau perkongsian budaya telah melenyapkan apa yang khusus kepada sesuatu bangsa.

#Ilmu
#Amal
#Prihatin
#SnJBicaraSunnahC
@BicaraThtl

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

BOLEHKAH REKA SELAWAT?

🔴 Adakah kita dibenarkan merekacipta selawat sendiri untuk Nabi ﷺ? Ini kerana terdapat riwayat sahabat seperti Sayidina Ali dengan Ibnu Mas'ud yang mencipta selawat sendiri. Apakah benar?

🟢 Jawapan:

Selawat adalah ibadah, dan syarat ibadah adalah:
i) ikhlas
ii) mencontohi atau ittiba' ar-Rasul

Maka, jika anda berselawat, dan ingin menjadikan ia ibadah, mestilah mengikut syarat:
i) kena ikhlas
ii) kena berselawat dengan selawat yang baginda ajarkan

⚠️ Maka di sini, isunya sebenar yang anda harus jawab:

Kenapakah anda tidak suka dengan selawat yang baginda sendiri telah ajarkan?

Persoalan kedua merupakan tuduhan yang berat apabila anda telah menuduh para sahabat ahli bid'ah, sedangkan zaman sahabat bersih daripada sebarang bid'ah, begitu juga zaman tabi'in. Versi selawat seperti Selawat Ali, Selawat Kaab, Selawat Aisyah adalah dari sanad sahabat, yang merupakan versi pendek dan versi panjang telah diajar oleh baginda nabi ﷺ kepada beberapa sahabat tetapi bukanlah maksud para sahabat mencipta selawat. Maka bab yang betul adalah seperti berikut:

1⃣ Selawat paling utama (Selawat Ibrahimiyah)
2⃣ Selawat-selawat yang pelbagai dari sanad sahabat, ada versi pendek dan sederhana.

Kesemua versi selawat sahabat itu bebas daripad unsur tareqat, Pooja dan ghuluw dari segi bahasa dan iramanya.

#Ilmu
#Amal
#Prihatin
#SnJBicaraSunnahC
@bicarathtl

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

🔴
Adakah berselawat yang tidak berhenti-henti itu merupakan suatu bid'ah walaupun tidak menyebut nama Nabi ﷺ ?
Contoh ustaz Zainul Asri tidak henti-henti berselawat semasa berceramah.


▶️ Bid'ah adalah sesuatu yang baru dalam ibadah yang tiada dalil.

▶️ Selawat adalah yang disyariatkan, maka selawat bukan bid'ah.

Apakah ada maksima dan minima berselawat?
Tidak ada. Sekiranya seseorang sentiasa berselawat, tidaklah dikatakan bid'ah.

▶️ Dalil hadith Nabi ﷺ:

Daripada Abu Hurairah رضى الله عنه, Rasulullah ﷺ bersabda:

مَنْ صَلَّى عَلَىَّ وَاحِدَةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ عَشْرًا

“Barangsiapa yang berselawat kepadaku sekali, maka Allah ‎ﷻ akan berselawat kepadanya sepuluh kali.”
(HR. Muslim no. 408)

🔽
Jika seseorang berselawat sebanyak 100 kali di dalam satu ceramah, maka seseorang itu mendapat 100X10: 1,000 kali.

@bicarathtl.
#bicarasunnah
#ilmu.
#amal.
#prihatin.

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

🔴
Adakah benar jika harta si mati yang tidak diurus rohnya akan tergantung, kerana si mati dipenjarakan sehingga tidak mampu untuk berurusan dengan ahli keluarganya?


1. Jika si mati tidak menguruskan hartanya, maka rohnya tidak tergantung. Berkenaan roh tergantung itu hanya berlaku sekiranya si mati sewaktu hayatnya meninggalkan hutang yang belum berbayar.

2. Banduan boleh menguruskan hartanya melalui wali atau ahli warisnya.


@bicarathtl.
#bicarasunnah.
#ilmu.
#amal .
#prihatin.

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

🔴
Adakah hadith ini bercanggah dengan ayat Al-Quran [surah Fatir: 22] mengenai orang mati boleh mendengar dan apakah statusnya?

“Sesiapa yang berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, sesiapa berselawat kepadaku daripada jauh maka, selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan dia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya.”
(Riwayat Al Baihaqi dan Al Khatib)


وَمَا يَسْتَوِي الْأَحْيَاءُ وَلَا الْأَمْوَاتُ إِنَّ اللَّهَ يُسْمِعُ مَن يَشَاءُ وَمَا أَنتَ بِمُسْمِعٍ مَّن فِي الْقُبُورِ

Dan (Demikianlah pula) tidaklah sama orang-orang yang hidup dengan orang-orang yang mati. Sesungguhnya Allah, dapat menjadikan sesiapa yang dikehendakinya mendengar (ajaran-ajaran Kitab Allah serta menerimanya), dan (engkau wahai Muhammad) tidak dapat menjadikan orang-orang yang di dalam kubur mendengar (dan menerimanya).
[Surah Fatir:22]


هذا نص ما قاله العلاّمة الألباني في ((السلسلة الضعيفة)) (1/ 366): #203

" من صلى علي عند قبري سمعته , و من صلى علي نائيا وكل بها ملك يبلغني , و كفي بها أمر دنياه و آخرته , و كنت له شهيدا أو شفيعا ".

موضوع بهذا التمام.

أخرجه ابن سمعون في " الأمالي " (2/ 193 / 2) و الخطيب في " تاريخه " (3/ 291 - 292) و ابن عساكر (16/ 70 / 2) ; و العقيلي في " الضعفاء " (4/ 136 ـ 137) و البيهقي في " الشعب " (2/ 218) و قال العقيلي: لا أصل له من طريق محمد بن مروان عن الأعمش عن أبي صالح عن أبي هريرة مرفوعًا.

Syarah Al-Albani, silsilah Al-Dhaifah no 203, hadith palsu (maudhu')
HR Ibn Sam'un (Baghdad, w.387H), Al- Amali 2/193; Sl-Khatib Al-Baghdadi, tarikh Baghdad 3/292; Ibn Asaakir, tarikh Dimasyq, Al-Uqaili dalam Al- Dhu'afa', Al-Baihaqi dalam Al-Syu'ab 2/218' ulasan Al- Uqaili, tiada asalnya daripada jalur Muhammad bin Marwan daripada Al-Masy daripada Abi Soleh daripada Abu Hurairah; Muhammad bin Marwan adalah dituduh kazzab atau pendusta.

#fiqhsunah
#ilmu.
#amal.
#prihatin

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

PAKAIAN MENGGANGGU KHUSYUK SALAT.

Adakah dengan memakai pakaian seperti foto di atas boleh mengganggu kekhusyukan makmum yang lain?


Dilarang dengan hukuman makruh:

مَنْ لَبِسَ ثَوْبَ شُهْرَةٍ أَلْبَسَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ثَوْبًا مِثْلَهُ
“Barangsiapa memakai pakaian syuhroh (menarik perhatian), nescaya Allah‎ ﷻ akan memakaikan kepadanya pakaian seperti ini pada hari kiamat”.
(HR. Abu Daud No (4029) dan Ibnu Majah No. (360).

⚠️Kemudian mengganggu khusyuk pesalat yang berjiran dengannya.

#bicarathtl
#ilmu
#amal
#prihatin

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

🔴
Adakah sahih riwayat daripada Ibnu Abbas رضى الله عنه memberi minum air zam-zam kepada Nabi ﷺ untuk berkumur- kumur kemudian Nabi ﷺ meludah ke dalam bekas dan mengarahkan Ibnu Abbas رضى الله عنه menuangkan ke dalam perigi zam-zam


Ia bukan daripada Ibn Abbas رضى الله عنه tetapi daripada Wa'il bin Hujur.

77 - حديث وائل بن حُجْر قال: أُتي رسول الله - صلى الله عليه وسلم - بِدَلو من ماء فشرب منه، ثم مَجَّ في الدلو، ثم في البئر، ففاح منه مثل ريح المسك"
Takhrij:
حَدَّثَنَا أَبُو نُعَيْمٍ حَدَّثَنَا مِسْعَرٌ عَنْ عَبْدِ الْجَبَّارِ بْنِ وَائِلٍ قَالَ حَدَّثَنِي أَهْلِي عَنْ أَبِي قَالَ أُتِيَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِدَلْوٍ مِنْ مَاءٍ فَشَرِبَ مِنْهُ ثُمَّ مَجَّ فِي الدَّلْوِ ثُمَّ صَبَّ فِي الْبِئْرِ أَوْ شَرِبَ مِنْ الدَّلْوِ ثُمَّ مَجَّ فِي الْبِئْرِ فَفَاحَ مِنْهَا مِثْلُ رِيحِ الْمِسْكِ

Telah menceritakan kepada kami [Abu Nu'aim]. Telah menceritakan kepada kami [Mis'ar] daripada [Abdul Jabbar bin Wa`il] ia berkata: "Telah menceritakan kepadaku [keluargaku] daripada [bapakku, yakni Wa'il bun Hujur رضى الله عنه] Nabi ﷺ dibawakan baldi berisi air, dan beliau pun minum daripadanya kemudian memuntahkannya kembali ke dalam baldi. Setelah itu, beliau menuangkannya ke dalam telaga (zam-zam) atau minum air daripada baldi kemudian memuntahkannya kembali ke dalam telaga, hingga daripada telaga itu keluar bau wangi seperti wanginya kasturi.
No, 77 berkata Al-Hafiz Ibn Hajar, hadith Wa'il bin Hujur dikeluarkan oleh Imam Ahmad.

قال الحافظ: وفي حديث وائل بن حجر عند أحمد: فذكره" (1)
يرويه مِسْعَر بن كِدام عن عبد الجبار بن وائل بن حجر واختلف عنه
Nama kitab:
Unis aL-Saari Fi-Takhrij wa-Tahqiq Al- Ahaadith Allati Zkaraha Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqolani Fi-Fathul Baari. (kitab meneliti semula hadith-hadith yang dimuatkan oleh Ibn Hajar dalam Fathul Bari)

Pengarang:
Abu huzaifah, Nabil bin Manshur bin Yaakub bin Sulthan Al-Basharah al kuwaiti.

Peneliti:
Orang yang sama.

الكتاب: أنِيسُ السَّاري في تخريج وَتحقيق الأحاديث التي ذكرها الحَافظ ابن حَجر العسقلاني في فَتح البَاري
المؤلف: أبو حذيفة، نبيل بن منصور بن يعقوب بن سلطان البصارة الكويتي
المحقق: نبيل بن مَنصور بن يَعقوب البصارة

Menurut pendapat Nabil bin Manshur Muhaqqiq Fathul Bari, Atsar ini dhaif menurut Imam Bukhari dan An- Nasa'iy kerana perawi Suwaid bin said Al-harawi.

سويد بن سعيد الهروي: ثنا سفيان عن مسعر عن عبد الجبار بن وائل عن أبيه.وسويد قال البخاري: فيه نظر، وقال النسائي: ليس بثقة.

Di sisi Mutaakhirin, antaranya Al- Arnaout, ianya hasan, juga Syaikh Ahmad Syakir yang mentahqiq kitab Al-Musnad. No. 18858.

تعليق شعيب الأرنؤوط : حديث حسن
Hadith no (18858 - حدثنا عبد الله حدثني أبي ثنا أبو نعيم ثنا مسعر عن عبد الجبار بن وائل قال حدثني أهلي عن أبي قال)

#bicathtl.
#ilmu
#amal
#prihatin

Читать полностью…
Подписаться на канал